5 Cara Cek Nombor Maxis Malaysia Sendiri Postpaid Prepaid

Masalah bila terlupa nombor telefon sendiri ni bukan benda luar biasa. Kadang kita guna SIM Maxis untuk data internet saja, nombor tu pula tak pernah kita hafal pun. Tambah pula kalau baru tukar nombor, atau beli nombor baru untuk kegunaan bisnes, makinlah mudah terlupa.

Bila tiba-tiba perlu masukkan nombor sendiri untuk daftar akaun, isi borang atau kongsikan dengan orang lain, mula la panik. Cari-cari dekat telefon, tapi tak jumpa pun nombor tu. Nak buka WhatsApp pun belum verify nombor.

Perkara macam ni boleh jadi menyusahkan kalau kita tak tahu nak cek di mana. Ada yang sanggup buang masa ke kedai Maxis, ada juga yang cuba teka sendiri tapi tetap tak berjaya. Sedangkan sebenarnya, ada cara yang lebih senang dan cepat untuk semak nombor Maxis Malaysia sendiri tanpa perlu susah payah.

Jadi saya kongsikan beberapa cara rasmi untuk semak nombor telefon Maxis anda sendiri. Tak kisah sama ada anda guna Maxis Prepaid atau Postpaid, semua langkah ni sesuai.

Cara Cek Nombor Maxis

Cek Guna Panggilan atau SMS

Kalau anda masih ada baki kredit atau guna pelan postpaid, paling mudah adalah buat panggilan atau hantar SMS ke nombor rakan. Bila anda buat panggilan ke telefon orang lain, nombor anda akan terpapar di skrin mereka. Minta mereka semak dan bacakan semula nombor yang muncul.

Cara ni paling ‘straight forward’ dan tak perlukan sambungan internet pun. Sesuai digunakan kalau anda tak ada akses kepada aplikasi atau Maxis Care.

Langkah-langkahnya:

  • Buka aplikasi telefon anda
  • Dail nombor rakan atau keluarga
  • Tunggu mereka jawab dan minta mereka lihat nombor yang dipaparkan

Kalau nak lagi cepat, hantar satu mesej ringkas seperti “Hai” ke nombor mereka. Nombor anda akan terus muncul sebagai penghantar.

Aplikasi MyMaxis

Bagi pengguna yang sudah pasang aplikasi MyMaxis App, anda boleh lihat nombor telefon anda dan juga maklumat peribadi lain dengan mudah. Cara ni sesuai kalau anda guna smartphone dan ada sambungan internet.

Langkah-langkahnya:

  1. Buka aplikasi MyMaxis
  2. Pergi ke tab “Me”
  3. Tekan pada Contact Details

Di situ anda akan nampak nama penuh anda, nombor telefon, alamat dan emel yang didaftarkan. Bukan setakat nombor je, malah anda boleh semak maklumat lengkap dan semak jika ada kesilapan.

Kalau anda belum pasang aplikasi ni, boleh muat turun dari Google Play Store atau Apple App Store secara percuma.

Maxis Care

Selain aplikasi, Maxis juga ada portal dalam talian bernama Maxis Care. Portal ni sesuai digunakan kalau anda guna komputer atau lebih selesa semak maklumat akaun melalui browser.

Langkah-langkahnya:

  1. Buka laman Maxis Care
  2. Log masuk menggunakan nombor telefon dan OTP
  3. Pergi ke tab Profile
  4. Klik Manage Profile and Contact Details

Anda boleh semak nombor telefon anda di bahagian Contact Details, serta maklumat akaun seperti alamat, emel dan juga status langganan anda. Kalau anda seorang yang sentiasa guna komputer/laptop, Maxis Care ni memang sesuai sangat.

Semak Maklumat Akaun

Selain nombor telefon, anda juga boleh semak maklumat tambahan seperti nombor akaun, alamat dan email berdaftar dalam aplikasi Maxis atau Maxis Care.

Untuk semak nombor akaun Maxis:

  • Buka MyMaxis App
  • Masuk ke bahagian Account Information
  • Di situ anda akan nampak nombor akaun Maxis, alamat penghantaran bil dan juga alamat emel yang anda guna masa daftar

Maklumat ni penting kalau anda nak buat semakan bil, kemaskini data peribadi atau buat tuntutan rasmi. Kalau ada maklumat yang tak tepat, boleh walk-in ke mana-mana Maxis Centre untuk update.

Customer Service Maxis

Kalau anda tak dapat akses kepada mana-mana kaedah di atas, pilihan terakhir adalah hubungi terus Customer Service Maxis. Pegawai khidmat pelanggan akan bantu anda semak dan sahkan nombor telefon anda.

Cara hubungi:

  • Guna telefon Maxis: dail 123
  • Guna telefon lain: dail 1-800-82-1123
  • Beritahu mereka anda nak semak nombor telefon anda

Pastikan anda sediakan maklumat pengesahan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan (NRIC), dan mungkin alamat yang didaftarkan, sebagai langkah keselamatan.

Semak Butiran Seperti NRIC, Passport dan Jantina

Kalau anda ingin sahkan atau kemaskini maklumat peribadi sensitif seperti nombor IC, nombor passport atau jantina, anda tak boleh buat secara online. Maxis hanya benarkan semakan dan pengesahan maklumat sebegini dibuat secara bersemuka atas faktor keselamatan.

Apa yang perlu anda bawa ke Maxis Centre:

  • Kad Pengenalan asal (NRIC)
  • Passport (jika bukan warganegara)
  • SIM kad Maxis yang berkaitan

Langkah ni penting untuk elak masalah seperti nombor anda digunakan orang lain, atau berlaku masalah berkaitan pendaftaran. Malah, dalam kes berkaitan Telco Lock Maxis, maklumat pendaftaran yang tepat amat penting untuk proses pembatalan atau pengesahan.

Tips Elak Lupa Nombor Maxis Lagi

Lepas anda berjaya semak nombor sendiri, sebaiknya catat atau simpan dalam telefon anda untuk rujukan masa depan. Berikut beberapa tips yang anda boleh guna:

  • Simpan nombor sendiri dalam Contact Book dengan nama “Saya”
  • Screenshot dan simpan dalam galeri
  • Setkan nota dalam aplikasi Notes atau Reminder
  • Hantar nombor sendiri ke emel peribadi sebagai backup

Cara ni bukan saja bantu anda, malah mudahkan juga jika nak daftar akaun baru, topup, atau tebus point Maxis.

Akhir Kata

Semua cara yang dikongsikan dalam artikel ini boleh digunakan mengikut keselesaan dan situasi anda. Kalau anda jenis yang sentiasa online, guna aplikasi MyMaxis atau Maxis Care mungkin paling sesuai. Kalau tak ada data atau aplikasi, panggil atau SMS kawan anda. Dan jika perlu sahkan maklumat sensitif, terus saja ke Maxis Centre.

Saya sentiasa sarankan pelanggan Maxis untuk pasti nombor telefon dan maklumat pendaftaran mereka adalah betul dan terkini supaya tak timbul masalah di kemudian hari. Pastikan juga anda tahu cara nak semak nombor sendiri, supaya tak cemas bila tiba-tiba diperlukan.

Semoga panduan ni membantu anda cek nombor Maxis Malaysia sendiri dengan lebih mudah dan cepat. Jika ada sebarang persoalan lanjut, boleh terus rujuk ke pusat khidmat pelanggan atau layari laman rasmi Maxis.

Previous Article

Maksud Telco Lock Maxis, Cara Unlock Guna Sim Card Lain

Next Article

Maxis Zerolution Plan: Guna, Bayar Bulanan, Terus Milik

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *