3 Cara Daftar Simkad Maxis Secara Online dan Kaunter

Ramai orang bila beli simkad Maxis tak kira online, kat kedai, atau dari ejen terus sangkut waktu nak daftar. Nak guna pun tak boleh sebab simkad belum aktif. Bila jadi macam ni, pelanggan mula panik, tak tahu nak mula dari mana. Lagi susah kalau tak biasa dengan teknologi atau tak tahu nak guna app Maxis.

Kalau tak ikut proses yang betul, simkad tu akan terus tak jalan. Kadang kena ulang banyak kali imbas ID, gambar tak lepas, atau pilihan pelan tak jelas. Ada juga yang terpaksa pergi kaunter Maxis sebab tak berjaya daftar sendiri. Benda yang patutnya senang, jadi serabut pula.

Sekarang Maxis dah sediakan 3 cara mudah untuk daftar simkad, boleh guna app Maxis, boleh daftar terus guna WhatsApp, atau datang sendiri ke kaunter Maxis.

Cara Daftar Simkad Maxis

Cara Daftar Simkad Maxis Guna Aplikasi Maxis

Kalau anda jenis suka buat sendiri dari rumah tanpa perlu keluar, daftar guna app Maxis memang paling mudah. Semua boleh buat dari telefon je.

  1. Cari app Maxis dalam Play Store (untuk Android) atau App Store (untuk iPhone). Pastikan app tu ada logo rasmi Maxis.
  2. Lepas buka app, cari pilihan Daftar SIM. Fungsi ni khas untuk pelanggan baru nak aktifkan simkad.
  3. Guna kamera telefon anda untuk imbas kod bar yang ada kat belakang kad SIM Maxis tu.
  4. Nanti akan keluar pilihan pelan Postpaid. Tengok elok-elok dan pilih yang sesuai dengan bajet dan penggunaan anda.
  5. Sekarang kena imbas dokumen pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyTentera atau Passport. Lepas tu buat imbasan wajah (Face ID) untuk sahkan identiti.
  6. Anda boleh pilih nombor yang anda suka daripada senarai yang ditawarkan.
  7. Bila semua selesai, anda akan dapat notifikasi yang pendaftaran berjaya. Sekarang bolehlah masukkan kad SIM tu dalam telefon anda dan mula guna.

Nota: Kalau anda beli simkad Maxis kat Shopee, Lazada atau mana-mana ejen, ini cara paling mudah nak daftar tanpa perlu keluar rumah.

Cara Daftar Simkad Maxis Guna WhatsApp Rasmi

Kalau anda jenis lebih selesa berborak dalam mesej dan nak bantuan step-by-step, Maxis ada sediakan WhatsApp rasmi 24 jam. Tak perlu install app pun.

Cara daftar guna WhatsApp:

  1. Simpan nombor +6012-3451123 atau klik terus je link yang ada kat laman web rasmi Maxis.
  2. Hantar “Hi” dulu, nanti sistem auto-reply akan balas dan bagi beberapa pilihan. Pilih menu pendaftaran simkad.
  3. Anda akan diminta untuk hantar gambar MyKad atau dokumen lain yang sah. Lepas tu perlu selfie untuk Face ID.
  4. Sistem akan tunjuk pelan-pelan yang ada dan nombor telefon yang anda boleh pilih.
  5. Bila dah lulus, anda akan dimaklumkan simkad dah aktif. Masukkan dalam telefon dan terus boleh guna.

Nota: Kaedah ni bagus kalau anda perlukan bantuan terus dari staf Maxis semua urusan boleh dibuat dalam chat, tak perlu keluar rumah langsung.

Cara Daftar Simkad Maxis di Kaunter Maxis

Kalau anda lebih yakin bila ada staf bantu depan-depan, boleh juga terus pergi ke cawangan Maxis berdekatan. Cara ni paling sesuai kalau anda baru guna telefon pintar atau tak biasa guna internet.

Kaunter Maxis

Apa yang perlu anda buat:

  1. Boleh cari lokasi kaunter terdekat guna Google Maps atau rujuk laman web Maxis.
  2. Pastikan bawa MyKad atau Passport asal. Kalau tak lengkap dokumen, staf tak boleh proses pendaftaran.
  3. Nanti staf akan bantu dari awal sampai habis dari semak pelan, pilih nombor sampai ke pengaktifan.
  4. Tak perlu tunggu lama. Biasanya proses ni ambil masa 15 ke 30 minit je.

Nota: Kalau anda nak kekalkan nombor lama (dari telco lain), maklumkan pada staf masa daftar. Maxis boleh bantu buat proses ‘port-in’ ke Maxis.

Tip Lepas Simkad Aktif

Lepas simkad anda dah aktif, ini beberapa benda yang elok anda buat:

  • Daftar Akaun Maxis Online / App Maxis
    Boleh guna untuk semak baki, tengok pelan, bayar bil dan banyak lagi.
  • Semak APN Kalau Internet Tak Jalan
    Biasanya telefon akan set automatik, tapi kalau tak ada line, boleh setting manual ikut panduan kat website Maxis.
  • Tambah Kredit Jika Guna Prepaid
    Jangan lupa top up supaya nombor aktif dan boleh buat panggilan serta guna data.

Kalau anda nak tahu cara mudah top up, boleh baca artikel saya tentang Cara Top Up Kredit Hotlink Prepaid Guna Maxis Postpaid

Masalah dan Penyelesaian Biasa Semasa Mendaftar Simkad Maxis

Kalau anda tengah daftar simkad Maxis tapi tersangkut kat mana-mana bahagian, jangan risau.

Di sini saya kongsikan beberapa masalah yang biasa berlaku semasa proses pendaftaran, dan macam mana nak selesaikannya.

1. Pengesahan SIM dan Nombor Telefon Gagal

Masalah yang sering berlaku ni biasanya lepas kita imbas kod bar atau QR pada kad SIM. Tapi tiba-tiba keluar mesej “Pengesahan SIM & nombor telefon gagal” di skrin.

Penyelesaian:

Pertama sekali, pastikan kita imbas kod QR tu di tempat yang terang bukan tempat gelap atau bayang-bayang. Letakkan kad SIM tu atas permukaan yang rata dan jangan goyang masa imbas.

Kalau masih gagal, cuba guna telefon lain untuk buat pendaftaran. Kalau semua dah cuba tapi tak lepas juga, eloklah terus ke Pusat Maxis supaya boleh bantu dari sana.

2. Masalah Imbas Kad Pengenalan (ID)

Masalah ni berlaku masa nak ambil gambar MyKad atau dokumen pengenalan lain. Dah ambil gambar tapi maklumat macam nama, nombor IC tak keluar dengan betul.

Penyelesaian:

Letakkan kad pengenalan atas meja atau permukaan yang rata, dan ambil gambar dalam pencahayaan yang cukup. Elakkan pantulan atau silau sebab tu boleh ganggu bacaan sistem.

Kalau dah cuba dua tiga kali tapi masih tak lepas, cuba pakai telefon lain. Dan kalau masih tak jadi, bawa je simkad dan ID tu ke kaunter Maxis, mereka akan bantu terus dari sistem dalaman.

3. Proses Pendaftaran Tergendala / Tersangkut

Masalah ni berlaku bila lepas isi maklumat, keluar mesej “Masih memproses pesanan dengan ID dan nombor yang sama.” Kiranya sistem belum habis proses, tapi kita dah cuba daftar semula.

Penyelesaian:

Anda kena beri masa sikit. Tunggu dalam 30 minit sebelum cuba daftar semula. Kalau lepas 30 minit masih keluar mesej yang sama, ada baiknya Anda terus hubungi customer service atau datang ke Maxis Centre.

4. Had Maksimum SIM Prabayar Dicapai

Kalau keluar mesej yang bagitahu kita dah capai had maksimum 5 talian prabayar ini bermakna sistem tak benarkan daftar simkad baru guna IC yang sama.

Penyelesaian:

Pilihan pertama, daftar SIM tu atas nama pengguna lain yang belum capai had. Pilihan kedua, kita boleh bantu buat proses tukar hak milik (ownership transfer) salah satu SIM lama kepada individu lain, supaya ruang untuk SIM baru tu dibuka. Proses ni cuma boleh dibuat di kaunter Maxis, sebab perlukan pengesahan identiti.

5. SIM Tidak Berdaftar Pada Rangkaian

Dah masukkan SIM dalam telefon tapi keluar mesej “SIM not registered on network” atau tiada rangkaian langsung. Masalah ni biasanya berkait dengan aktivasi belum selesai.

Penyelesaian:

Cuba restart (matikan dan hidupkan semula) telefon. Pastikan kad SIM tu dipasang dengan betul dalam slot yang betul. Kalau masih tak ada isyarat, cuba masukkan SIM ke telefon lain untuk pastikan sama ada masalah pada SIM atau telefon.

Kalau masih tak dapat rangkaian juga, boleh hubungi Customer Service Maxis atau terus ke Maxis Centre untuk semakan lanjut.

Saya faham bila pendaftaran SIM gagal rasa kecewa dan leceh tu memang tak dapat dielakkan. Tapi Anda jangan risau, sebab semua masalah yang biasa berlaku ni memang ada penyelesaiannya.

Kalau ikut langkah-langkah yang saya dah senaraikan tadi, insyaAllah proses daftar simkad Maxis akan berjalan lancar. Kalau masih tak lepas juga, datang je ke Pusat Maxis.

Previous Article

Cara Top Up Kredit Hotlink Prepaid Guna Maxis Postpaid

Next Article

2 Cara Tukar Password WiFi Maxis Fibre Jika Terlupa

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *