eSIM Hotlink Prepaid Postpaid: Kelebihan, Harga, Cara Beli

Kalau kita cerita pasal telefon pintar hari ni, memang tak lari daripada keperluan untuk sentiasa ada talian. Saya sendiri dulu pernah pening kepala bila kad SIM fizikal hilang masa tengah travel, atau bila nak tukar telefon baru kena cabut-pasang SIM. Leceh juga sebenarnya, lagi-lagi kalau benda tu jadi waktu kita tengah nak guna internet segera atau tunggu panggilan penting.

Masalah lain pula bila kita suka tukar telefon ikut situasi contohnya ada satu telefon untuk kerja, satu lagi untuk personal. Nak pindah SIM dari satu peranti ke peranti lain tu memang kadang makan masa, silap-silap SIM tu pula jadi longgar atau rosak. Itu belum kira risiko SIM hilang kalau tersimpan tak kena gaya.

Nasib baik sekarang Hotlink dah perkenalkan eSIM untuk Prepaid dan Postpaid. Saya sendiri dah cuba, dan jujurnya memang lebih mudah. Tak payah lagi simpan kad plastik kecil tu. Semua boleh diuruskan terus dari aplikasi Hotlink atau imbas kod QR je.

Saya nak kongsi pengalaman saya guna eSIM Hotlink, apa kelebihan dia, apa kekurangan yang kena ambil tahu, macam mana cara beli, dan juga langkah penyelesaian kalau ada masalah.

eSIM Hotlink Prepaid Postpaid

Apa Itu eSIM Hotlink Prepaid dan Postpaid?

eSIM ni sebenarnya singkatan kepada embedded SIM. Maksudnya SIM tu dah siap tertanam dalam telefon kita, tak perlu nak cucuk kad plastik macam biasa. Bila nak aktifkan, kita cuma muat turun profil eSIM ke telefon melalui aplikasi Hotlink, atau guna kod QR yang diberi pihak Maxis/Hotlink.

Kalau anda guna Hotlink Prepaid, eSIM ni fungsinya sama macam SIM biasa boleh call, SMS, internet semua jalan. Kalau Hotlink Postpaid pun sama, malah lebih fleksibel sebab boleh buat tukar SIM, pindah eSIM, semuanya dari app.

Saya suka sebab dengan eSIM ni, kita boleh simpan lebih dari satu nombor dalam satu telefon. Contohnya saya guna satu nombor untuk urusan kerja, satu lagi untuk kawan-kawan dan keluarga. Jadi tak payah bawa dua telefon sekaligus.

eSIM Hotlink Prepaid

Bagi pengguna prabayar macam saya sebelum ni, eSIM memang memudahkan. Tak perlu tunggu SIM fizikal dihantar, tak perlu cabut-pasang. Semua boleh selesai dalam beberapa minit je.

Peranti yang Menyokong eSIM Prepaid

Tapi kena ingat, bukan semua telefon boleh guna eSIM. Senang cerita, kebanyakkan model Apple terbaru (iPhone 12 hingga 16, termasuk SE), Samsung Galaxy Z Flip & Fold series, S20 – S24, Note20, Tab S9, serta beberapa model daripada Google Pixel, Huawei, Oppo, Xiaomi, Honor, Vivo memang dah ready untuk eSIM.

Kalau telefon anda lama sikit, mungkin kena check dulu sebelum nak tukar.

Cara Beli dan Aktifkan

Saya sendiri beli eSIM Hotlink Prepaid ni melalui aplikasi Hotlink. Prosesnya macam ni:

  1. Buka aplikasi Hotlink → klik “Dapatkan eSIM Prabayar Baharu”.
  2. Isi maklumat pendaftaran ikut arahan.
  3. Bila dah siap, muat turun profil eSIM terus dalam telefon.

Kalau tak nak guna aplikasi, boleh juga pergi terus ke Kedai Maxis. Nanti staff akan bagi kit eSIM dengan kod QR. Imbas kod tu, terus boleh aktifkan.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang SIM biasa, boleh rujuk cara aktifkan SIM Card Hotlink prepaid.

Caj dan Penukaran

Buat masa sekarang, tiada caj tambahan kalau nak tukar SIM biasa ke eSIM untuk Prepaid. Tapi kalau nak daftar talian baru, caj pek SIM tu tetap kena bayar macam biasa.

eSIM Hotlink Postpaid

Untuk pengguna Postpaid, pengalaman dia lebih kurang sama tapi ada beberapa kelebihan tambahan. Kalau nak daftar talian baru, anda boleh pilih eSIM masa daftar online atau di Kedai Maxis.

Cara Beli dan Aktifkan eSIM Postpaid

Ada tiga cara mudah:

Kedai Maxis / Rakan Eksklusif

  • Minta kit eSIM → imbas kod QR → profil terus dipasang.

Kedai Dalam Talian Hotlink

  • Pilih eSIM masa daftar pelan → dapat e-mel dengan arahan pemasangan.

Aplikasi Hotlink (untuk pengguna sedia ada)

  1. Pergi ke myHotlink → klik “eSIM Manager” → pilih tukar SIM.
  2. Imbas IC/pasport & buat pengecaman wajah.
  3. Bila lulus, boleh terus muat turun eSIM ke telefon.

Caj Penukaran

Kalau Postpaid, ada caj sekali sebanyak RM10 untuk tukar SIM fizikal ke eSIM atau pindah eSIM ke telefon lain.

Kelebihan eSIM Hotlink

Ini kelebihan yang boleh Anda dapat:

1. Tak perlu SIM fizikal

Saya tak perlu risau lagi SIM jatuh, patah, atau hilang. Semua dah digital.

2. Boleh guna dua nombor dalam satu telefon

Memang berguna untuk saya yang ada nombor kerja dan nombor personal.

3. Cepat dan senang

Proses pendaftaran guna app sangat cepat, tak sampai 10 minit pun dah siap.

4. Peranti baru dah ready untuk eSIM

Kebanyakkan flagship phone terbaru memang dah sokong eSIM, jadi rasa lebih future-ready.

Kekurangan eSIM Hotlink

Ini kekurangan yang kena Anda ketahui:

1. Tak semua telefon sokong

Kalau anda guna model lama, memang tak boleh guna eSIM ni.

2. Tak boleh pindah terus ke telefon lain

Kalau tukar peranti, kena dapatkan eSIM baru. Yang lama dah tak boleh pakai.

3. Kalau hilang telefon, kena buat semula

Proses gantian kena pergi ke Kedai Maxis, agak renyah kalau tengah urgent.

4. Perlukan internet stabil untuk pasang

Bila nak aktifkan di telefon baru, wajib ada WiFi yang stabil.

Penyelesaian Masalah

Berdasarkan pengalaman dan info rasmi, inilah solusi kalau ada masalah:

  • Profil eSIM terpadam → Guna kit pengaktifan asal untuk imbas QR semula.
  • Gagal pasang eSIM → Check e-mel panduan manual atau pergi Kedai Maxis.
  • Telefon hilang/dicuri → Call Customer Service Maxis untuk block talian.
  • Nak tukar ke SIM biasa → Boleh minta SIM fizikal di Kedai Maxis (caj dikenakan).

Masa Depan eSIM di Malaysia

Saya rasa eSIM ni memang akan jadi standard dalam masa beberapa tahun je lagi. Tengok trend telefon baru pun, banyak yang dah tak ada slot SIM langsung. Hotlink dah mula awal, jadi kita sebagai pengguna boleh biasakan diri dari sekarang.

Secara jujurnya, lepas saya guna eSIM Hotlink Prepaid dan Postpaid, hidup memang jadi lebih senang. Tak payah simpan kad SIM kecil yang senang hilang tu, tak perlu cabut-pasang bila tukar telefon. Proses beli dan aktifkan pun mudah, cuma melalui aplikasi atau imbas QR.

Cuma ada beberapa kelemahan macam tak boleh pindah terus ke telefon lain atau perlu ke Kedai Maxis kalau nak buat penggantian. Tapi bagi saya, kelebihan dia jauh lebih banyak berbanding kelemahan.

Kalau anda jenis yang suka kemudahan digital, nak urusan lebih pantas, dan guna telefon yang dah sokong eSIM memang saya sangat cadangkan beralih ke eSIM Hotlink.

Previous Article

Cara Aktifkan SIM Card Hotlink Prepaid Elak Gagal Daftar

Next Article

Hotlink Caller Ringtone: Harga, Cara Daftar dan Terminate

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *