Bila servis talian terganggu, bil tak masuk, atau langganan tiba-tiba bertukar sendiri, mesti pengguna Maxis rasa serabut nak cari bantuan. Paling leceh bila nak hubungi pusat khidmat pelanggan, tapi waktu operasi dah habis. Bila call pun kadang tunggu lama, tak ada yang angkat, atau perlu ulang cerita dekat ejen yang berbeza-beza. Masa dah banyak terbuang, masalah pula tak selesai-selesai.
Perkara ni boleh jadi lebih buruk kalau kita perlukan penyelesaian segera contoh tengah tunggu SMS TAC bank yang tak masuk, atau perlu reset talian sebab ada isu rangkaian.
Situasi begini tak sepatutnya berlaku, terutama bila kita tahu syarikat seperti Maxis dah sediakan pelbagai saluran untuk bantu pelanggan, bukan setakat waktu pejabat sahaja.

WhatsApp Maxis
Maxis kini sediakan khidmat pelanggan melalui WhatsApp 24/7 untuk memudahkan anda berurusan bila-bila masa. Anda boleh tanya soalan, semak status akaun, minta bantuan teknikal, dan banyak lagi semua terus dari aplikasi WhatsApp yang anda guna hari-hari.
Apa yang anda boleh buat melalui WhatsApp Maxis:
- Semak baki atau bil semasa
- Lihat status akaun atau pakej langganan
- Minta bantuan teknikal rangkaian
- Tanyakan tentang promosi, roaming, dan pelan terbaru
- Dapatkan penyata, atau minta bantuan untuk tukar nombor, dan lain-lain
Cara guna:
- Simpan nombor +6012-3451123 dalam telefon
- Buka WhatsApp dan cari nombor tersebut
- Hantar mesej “Hi” untuk mulakan perbualan
- Ikut arahan dari Chatbot, atau tunggu ejen bantu anda
Salah satu kelebihan utama WhatsApp ini ialah anda boleh lihat semula perbualan sebelum ini, jadi senang nak rujuk balik jika ada sebarang masalah sama berulang.
Maxis Chatbot
Kalau anda jenis yang suka self-service, Maxis juga ada Chatbot 24 jam di laman web rasmi. Chatbot ni berfungsi seperti pembantu digital yang boleh jawab pelbagai pertanyaan biasa tanpa perlu tunggu ejen manusia.

Apa yang boleh ditanya kepada Chatbot Maxis:
- Semakan bil dan pembayaran
- Info langganan dan pelan internet
- Reset talian atau troubleshoot masalah rangkaian
- Tukar pelan, tambah data, dan lain-lain
Cara akses Chatbot Maxis:
- Layari https://www.maxis.com.my
- Klik ikon mesej atau “Live Chat” di penjuru bawah kanan
- Pilih soalan berkaitan atau taip pertanyaan anda
Kalau chatbot tak dapat bantu, anda akan disambungkan terus ke ejen sebenar dalam masa singkat. Jadi tiada istilah masalah tergantung.
Kelebihan Guna WhatsApp & Chatbot Maxis
Antara sebab kenapa makin ramai pengguna Maxis pilih guna WhatsApp atau Chatbot adalah kerana akses cepat tanpa perlu tunggu lama. Anda tak perlu beratur, tak perlu bercakap dengan robot suara automatik yang panjang berjela, dan semuanya boleh dibuat dari telefon bimbit anda sahaja.
Antara kelebihan lain:
- Boleh guna 24 jam tanpa had masa
- Jimat kos, tak perlu bayar caj panggilan
- Sesuai untuk pelanggan yang bekerja shift malam atau luar waktu pejabat
- Semua rekod perbualan disimpan untuk rujukan masa hadapan
- Tiada tekanan, anda boleh baca dan jawab mesej mengikut masa sendiri
Tips Guna WhatsApp & Chatbot Maxis
Supaya komunikasi anda dengan Maxis lebih lancar dan cepat diselesaikan, ada beberapa tips ringkas yang anda boleh ikut:
- Gunakan Bahasa Ringkas dan Jelas – Contoh: “Saya nak semak bil bulan Julai”, bukannya “Kenapa saya rasa macam bil saya tinggi?”
- Sediakan Maklumat Akaun – Seperti nombor telefon, nombor akaun Maxis, dan nama penuh
- Jangan Hantar Banyak Mesej Serentak – Ikut flow chatbot untuk elak kekeliruan
- Tunggu Respon Sebelum Hantar Soalan Lain – Ini akan bantu chatbot kenal pasti masalah anda dengan lebih tepat
- Screenshot Masalah Jika Perlu – Contohnya, mesej ralat, bil pelik, atau status langganan
Langkah-langkah mudah ni akan bantu anda dapat jawapan lebih pantas tanpa perlu ulang banyak kali.
Hubungi Maxis Melalui Panggilan Telefon
Jika anda lebih selesa bercakap dengan ejen sebenar, Maxis juga masih mengekalkan servis panggilan telefon. Servis ni memang berguna untuk kes yang perlukan pengesahan identiti atau tindakan teknikal yang kompleks.
Untuk pengguna Maxis dari dalam Malaysia:
- Dail 123 dari nombor Maxis anda
- Dail 1 800 82 1123 jika anda guna talian tetap atau dari telco lain
Kalau anda berada di luar negara:
- Dail +603 7492 2123 (caj antarabangsa standard dikenakan)
- Atau dail *123# dari SIM Maxis anda di luar negara
Servis panggilan Maxis ini biasanya dibuka 24 jam untuk kes teknikal dan laporan penting. Tapi kalau kes yang perlukan dokumen atau pengesahan identiti lanjut, anda mungkin diminta hadir ke Maxis Centre terdekat.
Walk-In ke Maxis Centre
Walaupun kebanyakan urusan kini boleh diselesaikan secara online atau melalui WhatsApp/Chatbot, ada sesetengah kes yang masih perlukan kehadiran fizikal ke Maxis Centre.
Contoh kes yang perlu hadir sendiri:
- Tukar kad SIM atau kad rosak
- Daftar semula nombor lama
- Pengesahan identiti untuk pendaftaran (NRIC, passport)
- Tukar pelan korporat atau urusan kontrak
Kalau anda ingin semak butiran pendaftaran seperti IC atau jantina, anda perlu hadir ke Maxis Centre. Ini termasuk juga kes-kes tertentu seperti isu Telco Lock, di mana anda boleh baca lebih lanjut melalui pautan Telco Lock Maxis
Alternatif Bantuan Lain
Kalau anda perlukan akses penuh ke semua maklumat akaun Maxis, termasuk sejarah langganan, bil, dan langganan aktif, boleh gunakan:
- MyMaxis App – Sesuai untuk pengguna smartphone
- Maxis Care (Portal Web) – Sesuai untuk pengguna komputer atau laptop
Kedua-dua platform ini membolehkan anda:
- Semak bil terkini dan bayaran tertunggak
- Tukar pelan atau tambah data
- Lihat maklumat peribadi dan update jika perlu
- Cek nombor Maxis sendiri, kalau terlupa — panduan lengkap boleh rujuk di sini Cara Check Nombor Maxis
Khidmat Pelanggan Maxis Ni Percuma Ke?
Hakikatnya, Maxis menyediakan beberapa saluran khidmat pelanggan yang memudahkan pelanggan menghubungi mereka tanpa caj tersembunyi. Dengan adanya pilihan seperti chat dengan ejen secara percuma dan juga panggilan balik percuma (Let us call you for FREE), pelanggan tidak perlu risau tentang kos tambahan.
Saya sarankan anda gunakan saluran digital ini untuk urusan harian, terutama jika masalah anda bukan bersifat kecemasan. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, tapi juga memastikan anda sentiasa dapat servis terbaik tanpa perlu ke kaunter.