Ramai pengguna pelan Maxis Postpaid tidak sedar bahawa mereka sebenarnya layak untuk membuat tuntutan potongan cukai pendapatan (tax relief) atas langganan internet bulanan yang dibayar setiap bulan.
Malah, sejak pelaksanaan sistem e-Invoice oleh LHDN, proses dokumentasi dan bukti pembayaran kini semakin ketat. Kalau sebelum ini kita cuma simpan bil kertas atau screenshot, sekarang kita perlu pastikan semua bukti bayaran sah dan mengikut format yang ditetapkan.
Masalahnya, ramai keliru apa maksud Maxis Postpaid tax relief? Bil mana yang boleh digunakan untuk tuntutan cukai? Perlu ke mohon e-Invoice? Kalau layak, macam mana pula cara nak dapatkannya? Semua persoalan ini penting lebih-lebih lagi bila nak isi borang cukai (BE/B) setiap tahun. Tambah pula kalau kita memang nak manfaatkan pelepasan gaya hidup untuk internet di rumah.
Saya akan jelaskan satu persatu tentang apa itu Maxis Postpaid tax relief, perbelanjaan mana yang layak dituntut, siapa yang boleh mohon, dan macam mana cara claim e-Invoice untuk kegunaan cukai pendapatan. Baca sampai habis, sebab kalau anda pengguna Maxis Postpaid, mungkin anda boleh jimat lebih banyak bila tiba musim cukai nanti.

Maksud Maxis Postpaid Tax Relief
Maxis Postpaid tax relief merujuk kepada tuntutan pelepasan cukai yang boleh dibuat oleh individu bagi bil internet bulanan yang dilanggan melalui pelan Maxis Postpaid. Tuntutan ini termasuk dalam kategori Gaya Hidup yang diperuntukkan oleh LHDN.
Penting untuk tahu bahawa hanya bil langganan internet bulanan yang dibuat atas nama sendiri sahaja yang layak untuk dituntut. Dan bagi menyokong tuntutan ini, LHDN kini memerlukan dokumen sokongan dalam bentuk e-Invoice yang memaparkan butiran peribadi pemilik pelan seperti nama penuh dan nombor MyKad.
Syarat Layak Tuntut
Bukan semua pengguna Maxis boleh terus tuntut pelepasan cukai. Ada beberapa syarat penting yang perlu dipenuhi terlebih dahulu:
- Anda adalah individu warganegara Malaysia yang membayar cukai dan menggunakan borang B atau BE semasa pemfailan.
- Pelan Maxis Postpaid mesti berdaftar atas nama anda sendiri.
- Bayaran bulanan adalah bagi langganan internet (bukan semata-mata bil panggilan atau SMS).
- Anda bukan menjalankan perniagaan (kerana kategori ini tertakluk pada cukai perniagaan lain).
- Hanya bil bermula Januari 2024 dan seterusnya yang layak dituntut dengan sokongan e-Invoice.
Jadi, kalau anda guna pelan Maxis Postpaid Share 48 atau apa-apa pelan yang termasuk data internet dalam langganan, anda memang berpeluang untuk buat tuntutan ini.
Jenis Perbelanjaan Maxis
Mengikut garis panduan LHDN, perbelanjaan yang layak termasuk dalam kategori gaya hidup adalah:
- Bayaran langganan internet bulanan di rumah atau secara mudah alih (Postpaid)
- Pembelian telefon pintar, tablet atau komputer peribadi (jika bukan untuk tujuan perniagaan)
Namun, untuk kes Maxis Postpaid, yang boleh dituntut hanyalah bahagian langganan internet sahaja. Ini kerana pelan postpaid masa kini memang fokus pada data berbanding panggilan/SMS. Malah, kalau semak bil bulanan, biasanya caj panggilan hanya sekitar RM2-RM3 saja sebulan.
Jadi, selagi pelan anda mempunyai komponen internet dan didaftarkan atas nama anda sendiri, bahagian itulah yang akan dimasukkan dalam tuntutan cukai.
Dapatkan e-Invoice
Mulai tahun 2024, LHDN telah memperkenalkan sistem e-Invoice sebagai sebahagian daripada reformasi percukaian. Individu kini perlu dapatkan e-Invoice untuk menyokong sebarang tuntutan pelepasan cukai.
Anda perlu dapatkan e-Invoice jika:
- Anda mahu tuntut pelepasan cukai bagi bil internet Maxis dalam borang cukai (Form B/BE)
- Anda mahu buat tuntutan bayaran balik (reimbursement) dari majikan atas bil Maxis (tertakluk polisi syarikat)
Kalau anda tak bercadang nak tuntut apa-apa, e-Invoice tidak diwajibkan. Anda masih boleh simpan salinan bil biasa untuk rujukan peribadi.
Maklumat Diperlukan untuk Mohon e-Invoice
Untuk mohon atau aktifkan e-Invoice dalam akaun Maxis anda, anda perlu isi maklumat peribadi berikut:
- Nama penuh seperti dalam MyKad
- Nombor Kad Pengenalan (IC)
Maklumat ini penting supaya e-Invoice yang dijana oleh sistem Maxis boleh dipadankan dengan rekod LHDN semasa anda isi borang cukai.
Cara Akses dan Dapatkan e-Invoice Maxis Postpaid
Maxis menyediakan beberapa saluran mudah untuk pelanggan akses e-Invoice, bergantung pada jenis akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk pengguna Maxis Postpaid:
Untuk Pelanggan Maxis Postpaid:
- Buka aplikasi Maxis
- Pergi ke Bills > Bill details > e-Invoice
- Anda juga boleh akses melalui Maxis Care Portal
Untuk Pelanggan Hotlink Postpaid:
- Buka aplikasi Hotlink
- Pergi ke My Bills > e-Invoice
- Boleh juga guna Hotlink Self-Service Portal
- Nota: Jika anda ada kedua-dua akaun Hotlink dan Maxis, anda boleh akses semua melalui aplikasi Maxis sahaja
Untuk Pelanggan Hotlink Prepaid:
- e-Invoice tidak tersedia secara automatik
- Perlu opt-in secara manual dalam aplikasi Hotlink
- Pergi ke myHotlink > e-Invoice selepas daftar opt-in
- e-Invoice hanya akan tersedia untuk topup selepas tarikh opt-in
Untuk Pembelian Luar (Bukan Pelanggan Maxis):
- Akses melalui e-Invoice Portal Maxis
- Pengesahan melalui Pengecaman Wajah (Facial Recognition)
- Hanya boleh digunakan jika anda berikan maklumat peribadi semasa pembelian
Berapa Lama e-Invoice Boleh Diakses?
e-Invoice akan disimpan dalam sistem Maxis dan boleh diakses bila-bila masa. Namun, untuk tujuan audit atau semakan cukai, disarankan simpan salinan PDF setiap bulan supaya mudah dikemukakan kepada LHDN bila diperlukan.
Perlukah Cetak e-Invoice?
Tidak semestinya. Anda boleh:
- Simpan salinan PDF dalam komputer atau awan (Google Drive, iCloud)
- Cetak jika perlu untuk lampiran semasa pemfailan cukai manual
Kalau anda e-file melalui e-filing LHDN, hanya perlu masukkan jumlah dan simpan e-Invoice sebagai dokumen sokongan. LHDN akan hubungi anda jika perlu semakan lanjut.
Soalan Lazim Tentang Maxis Postpaid Tax Relief
Kalau pelan Maxis didaftar atas nama suami/isteri, boleh tuntut tak?
Tidak. Pelepasan hanya sah jika langganan adalah atas nama sendiri. Kalau anda mahu buat tuntutan, daftar pelan atas nama anda dahulu.
Adakah semua bil Postpaid boleh dituntut?
Hanya bahagian langganan internet. Panggilan dan caj lain tidak termasuk.
Perlu isi borang khas ke untuk mohon e-Invoice?
Tidak. Semua boleh dilakukan melalui aplikasi Maxis atau portal pelanggan sahaja.
Bila perlu mula kumpul e-Invoice?
Mulakan dari Januari 2024, sebab LHDN akan tengok transaksi dalam tahun semasa cukai.
Penutup
Sekarang dah jelas, sebagai pengguna Maxis Postpaid terutama pelan dengan internet – anda sebenarnya layak untuk buat tuntutan cukai di bawah kategori gaya hidup. Tapi jangan tangguh. Pastikan anda aktifkan dan kumpul e-Invoice setiap bulan supaya tak terlepas peluang bila tiba masa isi borang BE nanti.
Jangan lupa juga semak pelan anda, contohnya kalau anda guna Maxis Postpaid Share 48, semak bil bulanan anda pastikan atas nama anda dan langganan internet jelas tertera. Jika ya, terus claim!
Jimat cukai bermula dari pengurusan bil yang betul. Dan dalam kes ini, e-Invoice dari Maxis adalah kunci utama.