Maxis Safe Device: Cara Semak Status Perlindungan Anda

Telefon sekarang bukan lagi sekadar untuk call dan mesej. Semua benda kita simpan dalam satu gajet ni kerja, banking, gambar keluarga, sampai ke urusan bisnes. Bila telefon hilang atau rosak, memang pening kepala. Nak repair, kos boleh cecah ratus-ratus ringgit.

Kalau kena ganti baru, ribu pun boleh terbang. Itu belum masuk isu data peribadi yang mungkin disalah guna kalau jatuh tangan orang tak bertanggungjawab. Sebab tu dulu Maxis tawarkan program khas bernama Maxis Safe Device. Program ni diwujudkan untuk lindungi telefon pelanggan daripada kerosakan tak dijangka dan kecurian.

Sekarang saya akan cerita pasal apa itu Safe Device, jenis perlindungan, cara nak uruskan langganan, panduan buat tuntutan, sampai lah ke alternatif lain kalau anda tak sempat daftar.

Maxis Safe Device

Apa Itu Maxis Safe Device?

Maxis Safe Device ni ibarat insurans untuk telefon. Ia lindungi benda-benda yang tak termasuk dalam waranti biasa pengeluar. Kalau waranti pengeluar biasanya cover kerosakan dalaman sebab kecacatan kilang, Safe Device pula cover kes jatuh, skrin pecah, kena curi, dan beberapa masalah lain.

Tapi, kena ingat program ni dah tak terima pelanggan baru sejak 1 Januari 2024. Jadi hanya yang sempat langgan sebelum tarikh tu saja masih dilindungi. Kalau anda salah seorangnya, baguslah sebab perlindungan tetap jalan macam biasa.

Kalau anda memang dah ambil Safe Device sebelum 31 Disember 2023, tak ada apa nak risau. Semua manfaat masih jalan macam biasa. Walaupun Maxis dah stop ambil pelanggan baru, langganan lama tak terganggu.

Maknanya, kalau telefon jatuh retak, tiba-tiba rosak dalam, atau kena curi, anda masih boleh buat claim seperti biasa. Protection tetap sah selagi langganan tu aktif.

Apa Yang Dilindungi Oleh Maxis Safe Device?

 

Kalau ikutkan, coverage Safe Device ni agak luas. Berikut antara benda yang dilindungi:

1. Kerosakan Akibat Kemalangan

Kalau telefon jatuh, skrin retak, atau kena air perlindungan ni akan cover.

2. Kecurian (Attended Theft)

Kalau telefon kena curi walaupun tengah pegang atau ada dengan anda, masih boleh claim. Tapi kalau hilang sebab tinggal merata, tu tak dilindungi.

3. Masalah Mekanikal & Elektrikal

Kadang-kadang telefon boleh rosak sendiri walaupun tak jatuh. Contohnya tiba-tiba tak boleh on atau ada masalah komponen dalam. Safe Device cover masalah ni juga.

4. Penggunaan Tak Sah (Sehingga RM500)

Kalau telefon kena curi dan pencuri guna untuk call atau buat transaksi, kerugian sehingga RM500 akan dilindungi.

Untuk pemilik smartwatch: hanya kerosakan kemalangan je yang dilindungi.

Cara Uruskan Langganan Safe Device

Cara Langgan Safe Device Maxis

Pelanggan lama mungkin ada yang nak batalkan sebab rasa dah tak perlu. Kalau anda nak uruskan langganan, boleh ikut cara ni:

  • Maxis Self Serve:  Log masuk, pilih servis dengan Safe Device, dan remove dari add-on.
  • Aplikasi Maxis:  Buka app, masuk Service Details > Manage Add-Ons > uncheck Safe Device.
  • Customer Service:  Call 123 untuk bantuan.

Ingat, bila anda terminate, perlindungan akan berhenti serta-merta. Lepas tu kalau telefon rosak atau hilang, dah tak boleh claim.

Boleh aktif semula lepas terminate? Jawapannya tak boleh. Bila anda dah batalkan, memang tak boleh aktifkan semula. Jadi sebelum terminate, fikir betul-betul sama ada masih perlukan perlindungan ni atau tidak.

Ramai orang mula rasa nak batalkan bila fikir dah tak perlu. Tapi kena fikir masak-masak. Telefon sekarang mahal, dan risiko rosak atau kena curi boleh jadi bila-bila masa.

Sebelum terminate, lebih baik semak dulu status kontrak talian anda. Anda boleh rujuk sini check Maxis contract untuk pastikan tak ada sebarang ikatan atau caj tersembunyi.

Cara Buat Claim Kalau Telefon Hilang Atau Rosak

Kalau nak buat claim, jangan tunggu lama. Kena report dalam masa 48 jam. Ni cara dia:

Claim Untuk Kecurian

Call Hotline SafeDevice: 1800-88-6888 atau Email ke safedevice@maxis.com.my

Sediakan maklumat:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon berdaftar
  • Model peranti
  • Salinan laporan polis

Kalau kes curi berlaku di luar negara, kena bagi laporan polis luar negara + salinan passport (muka surat keluar masuk negara).

Claim Untuk Kerosakan

  1. Call hotline atau email sama.
  2. Sediakan maklumat: nama, nombor telefon berdaftar, model telefon.
  3. Bila claim diluluskan, anda kena serah telefon rosak bila terima replacement.

Kemas Kini IMEI Kalau Tukar Telefon

Safe Device ni diikat dengan nombor IMEI. Jadi kalau telefon anda ditukar oleh pengeluar, anda kena update IMEI.

Langkah mudah:

  1. Simpan dokumen “Manufacturer Work Order” dari pusat servis.
  2. Pergi ke Maxis Centre atau call hotline untuk update IMEI baru.

Kalau tak update, nanti masalah bila nak buat claim sebab perlindungan hanya sah untuk IMEI yang didaftarkan.

Pilihan Alternatif Kalau Tak Dapat Safe Device

Kalau anda tak sempat langgan sebelum 2024, jangan risau. Masih ada beberapa pilihan lain:

  • AppleCare / Samsung Care+ Perlindungan rasmi dari pengeluar.
  • Insurans Pihak Ketiga: Ada syarikat insurans yang tawarkan perlindungan peranti.
  • Tabung Sendiri: Simpan sikit setiap bulan sebagai dana kecemasan untuk telefon.

Maxis Safe Device memang beri ketenangan sebab lindungi telefon dari risiko yang biasa berlaku jatuh, rosak, kena curi, atau penggunaan tanpa izin. Walaupun program ni dah tutup untuk pelanggan baru, pelanggan lama masih dapat manfaat penuh.

Telefon sekarang bukan murah, jadi lebih baik ada pelan perlindungan daripada menanggung kerugian besar bila musibah berlaku.

Previous Article

Check Internet Data Usage Maxis Guna Portal, App dan SMS

Next Article

Maxis Fibre vs Unifi, Mana Lebih Laju dan Jimat Setiap Bulan

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *