Kalau ada orang call tapi kita tak sempat jawab, memang rasa serba salah. Kadang tengah meeting, tengah drive, atau mungkin telefon tak sempat dicapai. Lagi parah kalau panggilan tu penting bos nak bagi arahan, client nak buat deal, atau ahli keluarga nak bagi berita segera. Bila terlepas macam ni, kita pula tertanya-tanya apa yang mereka nak cakap.
Sebab tu Maxis sediakan fungsi Voicemail. Dengan servis ni, orang yang call boleh tinggalkan pesanan suara kalau kita tak angkat. Lepas tu, kita boleh dengar balik bila ada masa lapang. Mudah, ringkas, dan yang penting tak ganggu rutin harian.
Saya akan terangkan tentang Voicemail Maxis cara nak aktifkan, caj yang dikenakan, cara guna masa roaming, sampai la ke cara nak batalkan kalau tak nak pakai lagi.

Cara Aktifkan Voicemail Maxis
Nak guna voicemail ni tak susah. Maxis dah buat proses dia senang, semua boleh buat terus dalam aplikasi je.
Langkah-langkahnya:
- Buka Maxis App atau masuk Maxis Care.
- Pilih nombor telefon yang kita guna.
- Pergi ke bahagian Service Details.
- Klik Value Added Services.
- Tekan Voicemail untuk aktifkan.
Siap! Tak sampai 1 minit dah boleh guna. Tak payah call customer service pun.
Caj
Ramai ingat voicemail ni kena bayar bulanan, tapi sebenarnya tak ada caj tetap. Maxis bagi free untuk langgan. Cuma, ada caj bila kita call nombor 121 untuk dengar pesanan suara tu.
- Dalam Malaysia: RM0.20 sekali call.
- Masa roaming: Caj ikut kadar panggilan roaming.
Kalau anda jenis selalu travel, elok sangat check dulu kadar roaming kat sini: Maxis international roaming rate. Senang nak bajet sebelum pergi.
Cara Voicemail Berfungsi Masa Roaming
Bila kita berada luar negara, voicemail tetap boleh digunakan, cuma kena tahu caj dia berbeza.
- Kalau orang call kita dan masuk voicemail → kira macam panggilan masuk. Jadi caj ikut kadar roaming negara tu.
- Bila kita dengar voicemail tu → kira macam buat panggilan keluar. Pun ikut kadar roaming.
Pendek kata, dua-dua situasi ada caj. Jadi elok dengar sekali harung kalau banyak voicemail masuk, jangan asyik call 121 banyak kali.
Cara Batalkan Maxis Voicemail
Ada sesetengah orang tak minat voicemail, lebih suka kalau orang terus hantar WhatsApp atau SMS. Kalau macam tu, boleh je batalkan. Caranya pun simple, masih guna app juga.
Melalui Maxis App:
- Pilih nombor telefon kita.
- Pergi Service Details.
- Tekan Value Added Services.
- Pilih Dynamic Voicemail dan batalkan.
Melalui Maxis Care:
- Login akaun.
- Pilih nombor telefon.
- Masuk ke Service Details.
- Klik Value Added Services.
- Pilih Dynamic Voicemail untuk hentikan.
Lepas kita batalkan, semua voicemail yang ada akan dipadam dalam masa 7 hari. Lepas tu memang hilang terus, tak boleh nak restore.
Nak Aktifkan Balik Lepas Batal
Kalau suatu hari tiba-tiba rasa nak pakai balik voicemail, boleh aktifkan semula. Tapi kena ingat, voicemail lama dah tak ada, sebab Maxis hanya simpan 7 hari je lepas kita terminate.
Cara dia sama macam mula-mula tadi → buka Maxis App atau Maxis Care, masuk Value Added Services, kemudian aktifkan semula Voicemail.
Dengar Voicemail Dari Telefon Lain
Kadang-kadang kita tak bawa phone sendiri, atau mungkin phone tengah rosak. Jangan risau, masih boleh dengar voicemail guna telefon lain.
Caranya:
- Dail nombor telefon kita sendiri.
- Bila ucapan voicemail start, tekan 9 untuk skip.
- Masukkan password voicemail.
- Lepas tu dah boleh dengar semua mesej yang masuk.
Senang kan? Jadi tak ada alasan terlepas mesej penting.
Apa Kelebihan Voicemail Maxis?
Sebenarnya banyak kelebihan guna voicemail ni walaupun zaman sekarang orang lebih banyak guna WhatsApp atau Telegram.
- Semua orang boleh tinggalkan suara kalau kita tak sempat angkat call.
- Boleh dengar voicemail bila free, tak perlu terus angkat masa sibuk.
- Boleh akses dari mana-mana sama ada dalam Malaysia atau masa travel luar negara.
- Boleh urus terus dari app tanpa pening kepala.
Tips Jimat Guna Voicemail Maxis
Walaupun caj dia murah, kalau guna kerap sangat boleh jadi bertambah juga bil hujung bulan. Jadi elok ikut beberapa tips ni:
- Kalau ada banyak voicemail, dengar sekaligus. Jangan call 121 banyak kali.
- Padam voicemail lama supaya tak penuh dan tak perlu scroll panjang.
- Kalau pergi luar negara, confirm dulu kadar panggilan supaya tak terkejut bil.
- Kalau mesej pendek, minta orang hantar SMS atau WhatsApp je.
Dengan panduan ni, harapnya anda dah lebih jelas cara nak guna, urus dan jimat bila pakai Voicemail Maxis.