3 Sebab Saya Pilih Time Internet Plan, Laju Harga Berbaloi

Sebagai pemilik blog postpaid.my, saya sendiri sudah mencuba pelbagai servis internet di rumah sebelum ini. Ada yang laju, tapi kontraknya ketat sampai rasa terkongkong. Ada juga yang murah pada awalnya, tapi bila guna lama-lama, masalah talian kerap pula timbul.

Akhirnya saya pilih Time Internet kerana ia menawarkan sesuatu yang berbeza kelajuan internet yang stabil dengan pilihan pelan kontrak yang fleksibel. Inilah yang paling penting bagi saya kerana tidak semua orang mahu terikat lama. Ada yang hanya menyewa setahun, ada juga yang sering berpindah kerana kerja. Jadi Time Internet memang sesuai untuk macam-macam situasi.

Kalau anda pun sedang mencari pelan internet yang pantas, stabil, dan boleh disesuaikan ikut gaya hidup anda, saya memang rekomen anda pertimbangkan Time Internet. Saya akan kongsikan pengalaman saya serta pilihan pelan yang ada supaya anda boleh pilih mana yang paling sesuai.

Time Internet Wifi

Pelan 24 Bulan Time Internet Plan

Pelan kontrak 24 bulan inilah yang saya ambil di rumah sekarang. Kenapa? Sebab ia paling berbaloi dari segi harga bulanan. Kalau anda memang duduk rumah sendiri atau tidak bercadang berpindah dalam masa terdekat, inilah pilihan terbaik.

Dengan kontrak 24 bulan, anda akan nikmati harga lebih murah serta promosi eksklusif seperti pemasangan percuma dan router moden. Saya sendiri dapat router yang lebih baik bila daftar dulu memang jimat dan tak perlu beli luar.

Sesuai untuk: pemilik rumah, keluarga yang menetap lama di satu lokasi.

Pelan 12 Bulan Time Internet Plan

Bila saya duduk rumah sewa sebelum ni, saya pilih pelan 12 bulan sebab ia lebih fleksibel. Kontrak setahun ni memang ngam dengan perjanjian sewa rumah. Jadi bila cukup setahun, saya boleh decide sama ada nak sambung di lokasi baru atau berhenti tanpa rasa terbeban.

Time Internet Speedtest

Harga dia sedikit lebih tinggi daripada kontrak 24 bulan, tapi masih sangat berpatutan. Yang paling menarik, kalau selepas setahun anda pindah rumah, Time Internet bagi pindah servis percuma. Memang memudahkan!

Pilihan pelan 12 bulan:

  • 200Mbps (200/200Mbps) – RM119 sebulan
  • 600Mbps (600/500Mbps) – RM159 sebulan
  • 1Gbps (1000/500Mbps) – RM219 sebulan

Pelan Tanpa Kontrak (No-Contract Plan)

Ada masa tertentu saya perlukan internet untuk tempoh pendek, jadi saya cuba juga pelan tanpa kontrak. Bestnya, saya bebas berhenti bila-bila masa tanpa penalti. Cuma kena bayar upfront fee sekali sahaja dan ia memang tak refundable.

Pelan ni sesuai untuk pelajar, pekerja sementara, atau sesiapa yang tak pasti nak duduk lama di satu tempat. Tapi kena tahu juga, pelan tanpa kontrak ni tak layak untuk promosi dan tak ada pilihan untuk pakej 2Gbps.

Pilihan pelan tanpa kontrak:

  • 200Mbps – RM99 sebulan (Upfront RM400)
  • 600Mbps – RM139 sebulan (Upfront RM650)
  • 1Gbps – RM199 sebulan (Upfront RM800)

Ringkasan Perbandingan Time Internet Plan

Kalau nak tengok secara mudah, ini ringkasannya:

  • 24 Bulan: Paling murah, ada promosi, terbaik untuk kediaman tetap.
  • 12 Bulan:  Sesuai untuk penyewa rumah setahun, pindah percuma selepas kontrak.
  • Tanpa Kontrak: Paling fleksibel, boleh berhenti bila-bila masa, upfront fee lebih tinggi.

Saya sendiri sekarang pakai kontrak 24 bulan kerana dah stabil duduk rumah sendiri. Tapi waktu sewa rumah dulu, saya guna 12 bulan. Kalau anda jenis kerap berpindah, pelan tanpa kontrak mungkin lebih sesuai.

Cara Daftar Time Internet

Paling senang, anda boleh daftar terus secara online di website rasmi. Tapi kalau nak lebih cepat, anda boleh daftar melalui link yang saya sediakan di bawah:

Klik sini untuk daftar: Daftar Time Internet Plan Sekarang

Proses pendaftaran mudah, hanya ambil masa beberapa minit. Lepas tu pihak teknikal akan hubungi anda untuk pemasangan. Pengalaman saya, dalam masa 2–3 hari dah siap pasang dan terus boleh guna internet laju.

Kenapa Saya Rekomen Time Internet?

Selain fleksibiliti pelan, ada beberapa sebab kenapa saya tetap setia dengan Time Internet:

  • Kelajuan muat naik dan muat turun seimbang: Sangat berguna untuk saya yang selalu upload video & buat kerja online.
  • Harga kompetitif: Kalau banding dengan servis lain, Time Internet lebih berbaloi untuk kelajuan yang ditawarkan.
  • Stabil & laju: Setakat saya guna, jarang sangat berlaku gangguan.
  • Sokongan pelanggan baik: Bila ada isu teknikal, servis pelanggan Time Internet memang cepat respon.

Bagi saya, Time Internet Plan adalah antara servis internet terbaik di Malaysia sekarang. Pilihan pelan yang fleksibel buat kita senang pilih ikut situasi sama ada nak jimat maksimum dengan kontrak 24 bulan, mahu fleksibiliti 12 bulan, atau kebebasan penuh dengan pelan tanpa kontrak.

Saya sendiri puas hati dengan kelajuan dan kestabilannya. Jadi kalau anda sedang cari pelan internet untuk rumah atau pejabat, saya sangat rekomen anda cuba Time Internet.

Percayalah, bila dah guna, anda akan rasa beza kelajuan dan kestabilannya.

Previous Article

Maxis GGC Subscription: Semak, Henti, Refund Bayaran

Next Article

Time Internet Termination: Cara Elak Denda Mahal & Rugi

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *