Pindah rumah adalah perkara biasa dalam kehidupan sama ada sebab kerja, belajar, atau ingin suasana baru. Namun, masalah besar mula timbul bila internet yang anda guna tak boleh ikut sama ke alamat baru. Hidup tanpa internet hari ini memang sukar kerja terganggu, anak-anak susah buat pembelajaran online, malah hiburan harian pun terhenti.
Bila terminate, mula lah datang caj penalti, bayaran tambahan dan risiko rugi duit. Semua ni sebenarnya boleh dielakkan jika anda tahu cara yang betul. TIME Internet sebenarnya sediakan servis khas untuk pelanggan mereka yang mahu pindah rumah tanpa perlu putus sambungan iaitu TIME Internet Relocation.
Saya akan terangkan langkah demi langkah cara buat relocation, kos terlibat, jenis pindahan, dan cara dapatkan pengecualian caj supaya anda boleh pindah dengan tenang.
Apa Itu TIME Internet Relocation?
TIME Internet Relocation ialah servis khas daripada TIME untuk pengguna kontrak 12 bulan atau 24 bulan yang mahu memindahkan perkhidmatan internet ke alamat baru. Dengan servis ini, anda tak perlu terminate kontrak dan bayar denda, sebaliknya line internet anda hanya akan dipindahkan.
Perlu diingat, relocation hanya boleh dibuat jika alamat baru berada dalam liputan TIME Internet. Jadi sebelum buat permohonan, pastikan anda semak coverage.
Cara Buat Permohonan

Untuk pengguna kediaman (home users), langkahnya sangat mudah:
- Log masuk ke Self Care TIME.
- Pada papan pemuka, klik Manage Plan > Relocate Service.
- Isi borang dengan alamat baru dan hantar permohonan.
- Sediakan peranti TIME anda untuk dipasang di rumah baru.
Permintaan ini akan diproses dalam masa 7 hari bekerja. Installer TIME akan hubungi anda untuk tetapkan tarikh pemasangan.
Caj Relocation

Setiap permohonan pindah akan dikenakan caj tertentu yang akan dimasukkan ke bil anda yang seterusnya. Berikut adalah caj asas:
| Jenis Relocation | Caj |
|---|---|
| Dalam rumah (indoor relocation) | RM80 |
| Ke unit lain dalam bangunan / bangunan lain (outdoor relocation) | RM120 |
Nota penting:
- Caj tambahan mungkin dikenakan jika anda minta servis tambahan seperti kemasan kabel tersembunyi, konfigurasi peranti peribadi, atau pemasangan khas.
- Caj tambahan ini perlu dibayar terus kepada installer TIME melalui tunai atau QR Pay.
Cara Dapat Pengecualian Caj Relocation
TIME juga ada tawarkan pengecualian caj untuk pelanggan setia. Berikut syaratnya:
- Hanya untuk pelanggan yang telah tamat kontrak 12 bulan atau 24 bulan.
- Hanya sah untuk outdoor relocation (pindah ke unit atau bangunan lain).
- Pengecualian ini hanya boleh digunakan sekali setahun bagi setiap talian broadband.
- Tidak sah untuk indoor relocation (pindah dalam rumah sama).
Jika anda layak, caj RM120 akan automatik dikecualikan selepas buat permohonan relocation melalui Self Care.
Jenis Relocation TIME Internet
Untuk memudahkan, TIME bahagikan relocation kepada dua kategori:
Indoor Relocation
Relokasi dalam rumah/unit yang sama. Contoh: nak pindahkan router ke bilik lain atau ruang tamu. Caj: RM80.
Outdoor Relocation
Relokasi ke unit, tingkat, atau bangunan lain. Contoh: pindah dari unit A ke unit B dalam kondominium sama, atau ke rumah baru. Caj: RM120 (atau percuma jika layak pengecualian).
Apa Perlu Dibawa Semasa Relocation
Jangan lupa untuk bawa peranti TIME anda semasa berpindah! Antara peralatan yang perlu dibawa termasuk:
- Modem / router yang dibekalkan TIME.
- Kabel LAN & kabel kuasa.
- Mesh WiFi (jika ada dalam pelan anda).
Installer TIME hanya akan bantu sambungkan peranti ke alamat baru. Jika ada peranti hilang atau rosak, anda mungkin dikenakan caj gantian.
Bila anda buat relocation, kontrak asal anda tetap berjalan. Maksudnya, relocation tidak reset atau memanjangkan kontrak sedia ada. Jadi, ia jauh lebih jimat berbanding terminate kontrak.
Kalau anda mahu buat perubahan kelajuan atau harga selepas pindah, anda boleh pertimbangkan untuk baca panduan tentang cara upgrade downgrade TIME Internet agar pelan anda sesuai dengan bajet dan kegunaan di rumah baru.
Perkara Penting
Selain caj relocation, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
- Bil bulan semasa akan prorata: Bermaksud anda akan dikenakan caj separa untuk pelan lama dan pelan baru (jika ada perubahan).
- Pemasangan tambahan seperti conceal wiring tidak termasuk dalam caj relocation asas.
- Kontrak tidak dipanjangkan: Relocation hanya pindah line, bukan renew kontrak.
Bagaimana Jika Tiada Liputan TIME Di Alamat Baru?
Ini masalah yang paling ditakuti pengguna. Kalau alamat baru anda tiada coverage TIME, maka relocation tidak boleh dibuat. Dalam kes ini, anda mungkin terpaksa terminate kontrak.
Kalau terminate sebelum kontrak tamat, ada caj penalti dikenakan. Rujuk panduan penuh TIME Internet Termination untuk elak rugi lebih banyak.
TIME Internet Relocation adalah pilihan bijak untuk pengguna yang nak pindah rumah tanpa gangguan internet. Dengan hanya isi permohonan online, bawa peranti anda, dan tunggu pemasangan, line internet anda akan terus berfungsi seperti biasa.
Ingat, caj relocation hanyalah RM80 untuk indoor relocation dan RM120 untuk outdoor relocation. Malah, caj outdoor relocation boleh dikecualikan jika kontrak anda sudah tamat. Jelas sekali, relocation lebih jimat dan mudah daripada terminate kontrak.
Kalau anda sedang merancang pindah rumah, pastikan guna servis relocation ini. Ia bukan sahaja selamatkan duit anda, malah pastikan hidup anda sentiasa connected tanpa sebarang gangguan.