Time Internet Termination: Cara Elak Denda Mahal & Rugi

Menghentikan langganan internet bukanlah sesuatu yang kita selalu fikirkan pada awal pendaftaran, tetapi bila tiba masanya mahu berpindah rumah, mahu tukar penyedia internet lain, atau tidak lagi mampu menanggung kos bulanan, isu terminate Time Internet mula menjadi persoalan. Masalahnya, proses ini tidak semudah menutup suis modem. Jika tersilap langkah, pengguna boleh dikenakan caj penalti yang sangat tinggi sehingga mencecah ratusan ringgit.

Nasib baik, semua ini boleh dielakkan kalau kita tahu prosedur sebenar. Dalam artikel ini saya akan kongsikan secara terperinci bagaimana cara betul buat Time Internet Termination, apa syarat yang dikenakan, bagaimana elak denda mahal, dan tip supaya tidak rugi duit.

Syarat & Tempoh Kontrak Time Internet

Sebelum kita masuk ke bahagian cara terminate, kita kena faham dulu jenis kontrak yang ditawarkan oleh Time Internet. Ada tiga kategori utama:

  1. Kontrak 24 bulan: Kontrak standard yang paling banyak dipilih kerana harga lebih murah dan ada promosi.
  2. Kontrak 12 bulan: Sesuai untuk penyewa rumah setahun atau mereka yang tak mahu terikat lama.
  3. Tanpa kontrak (No Contract): Paling fleksibel, boleh terminate bila-bila masa dengan notis singkat.

Walaupun nampak mudah, setiap kontrak ada syarat penamatan yang berbeza. Kalau anda mahu tahu perbezaan pelan-pelan ini dengan lebih jelas, boleh rujuk artikel lengkap di sini: Time Internet Plan.

Notis Penamatan Wajib Diberikan

Ramai pengguna terlepas pandang perkara ini semua penamatan servis mesti disertakan notis lebih awal. Ia bukan pilihan, tetapi syarat wajib daripada pihak Time Internet.

Berikut adalah tempoh notis yang dikenakan:

  • 24 bulan: 30 hari kalendar
  • 12 bulan: 30 hari kalendar
  • Tanpa kontrak: 7 hari bekerja

Walaupun kontrak anda sudah tamat, contoh selepas 24 bulan penuh, notis 30 hari tetap perlu dihantar. Jadi kalau mahu terminate, jangan tunggu saat akhir, buat lebih awal supaya tidak dikenakan caj tambahan.

Cara Buat Time Internet Termination

Cara Termination Time Internet

Proses terminate berbeza ikut jenis kontrak yang anda ambil:

1. Kontrak 24 Bulan

  • Tempoh 0–19 bulan: Log masuk ke portal Self Care, pilih Manage Plan > Terminate Service.
  • Selepas 19 bulan: Proses sama, log masuk ke Self Care untuk terminate.

2. Kontrak 12 Bulan

  • Sama ada masih dalam kontrak atau sudah habis kontrak, pengguna perlu hubungi pihak Time Internet melalui talian 1800-18-1818 atau gunakan fungsi live chat.

3. Tanpa Kontrak

  • Prosesnya sama seperti kontrak 12 bulan hubungi 1800-18-1818 atau chat dengan pihak Time Internet untuk bantuan.

Langkah ini nampak mudah, tapi penting untuk ikut saluran rasmi. Jangan hanya cabut modem atau berhenti bayar bil, kerana sistem masih akan rekod akaun anda sebagai aktif sehingga penamatan rasmi dibuat.

Caj Penalti & Bayaran Semasa Terminate

Inilah bahagian yang paling orang risau berapa banyak kena bayar kalau terminate awal?

Kontrak 24 Bulan

  • 0–24 bulan: Kena bayar jumlah bil tertunggak + penalti awal (Early Termination Penalty) + 1–2 bulan caj pendahuluan + baki ansuran Mesh/Gig Speed Home (jika ada).
  • >24 bulan: Bayar bil tertunggak + 1–2 bulan caj pendahuluan + baki ansuran peranti (jika ada).

Kontrak 12 Bulan

  • 0–12 bulan: Bil tertunggak + penalti awal.
  • >12 bulan: Hanya bil tertunggak, tiada penalti.

Tanpa Kontrak

  • Hanya bil tertunggak (Outstanding Amount).

Nota penting: Penalti penamatan awal ialah RM500 ATAU jumlah baki kontrak, yang mana lebih tinggi. Contoh: kalau anda masih ada baki 5 bulan dengan bayaran RM159 sebulan, jumlahnya RM795. Maka itulah caj penalti anda, bukan RM500.

Pemulangan Peranti & Router

Bila terminate, semua peranti yang diberikan semasa pemasangan perlu dipulangkan semula kepada Time Internet. Pihak teknikal akan aturkan cara pemulangan, sama ada datang ambil atau anda hantar ke pusat servis.

Kalau gagal pulangkan, atau peranti rosak, caj gantian akan dikenakan ikut harga pasaran runcit. Jadi sebelum terminate, pastikan modem, router, Mesh WiFi atau FTTR dalam keadaan baik.

Bil Akhir & Refund

Selepas penamatan berjaya, anda akan terima bil akhir dalam masa 5 hari dari tarikh termination. Caj pendahuluan (advance payment) yang anda bayar sebelum ini akan digunakan untuk menampung baki bil.

Kalau ada lebihan selepas ditolak, jumlah itu akan dipulangkan kepada anda. Proses refund biasanya dilakukan selepas bil akhir diselesaikan sepenuhnya. Jadi simpan semua resit pembayaran sebagai bukti.

Cara Semak Status Penamatan

Untuk elak rasa was-was, anda boleh semak status termination di portal Self Care. Caranya mudah:

  • Log masuk akaun anda.
  • Pergi ke bahagian Recent Activities.
  • Semua butiran mengenai proses penamatan akan dipaparkan di situ.

Kalau ada sebarang masalah, boleh terus hubungi customer service melalui live chat atau talian hotline.

Tips Elak Rugi Duit Semasa Terminate Time Internet

Berikut beberapa tips berguna hasil daripada pengalaman pengguna:

  1. Hantar notis penamatan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh pindah rumah.
  2. Selesaikan semua baki bayaran untuk elak denda tambahan.
  3. Pulangkan modem/router dalam keadaan baik untuk elak caj gantian.
  4. Jangan hentikan bayaran tanpa notis, akaun tetap aktif.

Proses Time Internet Termination memang ada prosedur yang jelas. Yang penting, anda kena ikut syarat notis, bayar bil tertunggak, dan faham penalti jika terminate awal. Kalau semuanya dibuat ikut panduan, anda boleh hentikan servis tanpa denda besar dan tanpa rugi duit.

Bagi saya, Time Internet antara penyedia internet yang telus kerana mereka nyatakan siap-siap caj dan prosedur ini di laman rasmi. Jadi sebagai pengguna, kita cuma perlu ambil masa untuk faham dan rancang dengan baik.

Dan kalau anda sebenarnya sedang cari pelan internet baru yang lebih fleksibel, saya cadangkan anda tengok pilihan Time Internet Plan. Mungkin anda tidak perlu terminate, sebaliknya boleh tukar ke pelan yang lebih sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Previous Article

3 Sebab Saya Pilih Time Internet Plan, Laju Harga Berbaloi

Next Article

Cara Upgrade Downgrade TIME Internet Plan Secara Online

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *