Bila cuba buat topup Hotlink Maxis tapi kredit tak masuk, memang menyusahkan. Duit dalam akaun bank atau eWallet dah kena tolak, tapi baki dalam telefon masih kosong. Situasi macam ini buat orang jadi risau, lagi-lagi kalau topup itu nak digunakan segera untuk buat panggilan penting, daftar data internet, atau balas mesej kerja.
Masalah ini bukan sekali dua berlaku, malah saya dan banyak perkongsian pengguna di Facebook, Threads serta juga forum rasmi Maxis menunjukkan isu yang sama.
Kalau tak tahu cara betul nak uruskan, masalah kecil ini boleh jadi besar bila duit hilang tanpa kredit. Mujurlah, ada jalan penyelesaian yang jelas untuk pastikan pengguna dapat balik hak mereka.

Solusi Bila Topup Gagal
Ramai pengguna berkongsi pengalaman di Threads dan Facebook tentang isu topup yang gagal. Antara punca paling biasa ialah masalah rangkaian bank ketika transaksi dibuat, server Maxis atau Hotlink yang sedang mengalami gangguan, nombor telefon yang dimasukkan salah, atau isu sistem di aplikasi eWallet.
Kadang juga berlaku kerana tempoh kemaskini kredit lambat masuk walaupun transaksi sudah berjaya. Bila tahu punca sebenar, lebih mudah nak pilih langkah yang sesuai untuk selesaikan masalah.
Kalau duit sudah ditolak dari akaun bank atau eWallet, tapi kredit Hotlink masih belum masuk, ada beberapa langkah cepat yang boleh diambil:
1. Semak Status Transaksi
Periksa dulu dalam aplikasi bank atau eWallet sama ada transaksi topup sudah berjaya direkodkan. Kalau status masih ‘Pending’, biasanya kredit akan masuk dalam masa beberapa minit hingga sejam. Kalau status sudah ‘Successful’ tapi baki kredit tak bertambah, itu tanda ada masalah pada sistem Maxis.
2. Tunggu Dalam 30 Minit Hingga 2 Jam
Kadang sistem ambil masa untuk update. Dari maklumat yang dikongsi pengguna di Facebook, ada kes topup lambat masuk tapi akhirnya berjaya dalam tempoh 1–2 jam. Jadi elok tunggu sekejap sebelum buat aduan.
3. Semak Baki Kredit Hotlink
Langkah ini penting untuk pastikan kredit benar-benar tak masuk. Cara paling mudah ialah dengan buat panggilan ke *100# atau login ke aplikasi Hotlink. Kalau nak panduan lebih lengkap boleh rujuk check baki kredit Maxis.
4. Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis
Kalau selepas 2 jam kredit masih tak masuk, hubungi talian khidmat pelanggan Maxis di 123. Sediakan maklumat seperti nombor telefon, masa transaksi, jumlah topup, dan bukti transaksi dari bank atau eWallet. Ini akan memudahkan pihak Maxis semak dan pulangkan kredit atau refund duit.
Cara Buat Aduan
Selain hubungi nombor 123, pengguna juga boleh buat laporan terus melalui aplikasi Hotlink atau laman rasmi Maxis. Dalam aplikasi Hotlink, pilih menu ‘Live Chat’ dan terus nyatakan masalah dengan menyertakan screenshot bukti transaksi.
Sementara itu, di laman rasmi Maxis, ada borang aduan yang boleh diisi untuk kes topup gagal. Menurut maklum balas daripada pengguna di Threads, aduan melalui aplikasi lebih cepat dilayan berbanding email.
Kalau pihak Maxis sahkan transaksi tidak sampai kepada mereka, pengguna boleh buat tuntutan refund terus kepada pihak bank atau eWallet.
Contohnya, kalau guna Maybank2u, boleh hubungi customer service Maybank untuk buka kes dispute. Sama juga kalau guna Touch ‘n Go Wallet, ShopeePay atau Boost. Biasanya, refund akan ambil masa beberapa hari bekerja.
Tips Elak Masalah Topup Tak Berjaya
Untuk kurangkan risiko masalah topup gagal, ada beberapa tip mudah yang boleh dipraktikkan:
- Elakkan buat topup ketika waktu puncak seperti tengah malam atau awal pagi bila sistem bank selalunya diselenggara.
- Pastikan talian internet stabil sebelum buat transaksi.
- Gunakan aplikasi rasmi Hotlink berbanding pihak ketiga supaya transaksi lebih selamat.
- Sentiasa simpan resit transaksi untuk bukti jika perlu buat aduan.
Dengan langkah-langkah ini, kebarangkalian masalah topup gagal dapat dikurangkan.
Pengalaman Saya dan Pengguna Lain
Pengalaman saya dan hasil carian di Facebook dan Threads menunjukkan memang ramai yang pernah alami isu duit kena tolak tapi kredit tak masuk. Ada yang cerita duit kena tolak RM30 tapi tunggu sampai 24 jam baru kredit masuk.
Ada juga yang terpaksa hubungi Maxis Customer Service dua kali sebelum dapat refund. Dari perkongsian ini, jelas bahawa masalah ini bukan terpencil, malah agak biasa berlaku. Nasihat pengguna lama, jangan diamkan diri bila topup gagal. Buat aduan cepat-cepat, sebab kalau lambat, proses refund boleh jadi lebih panjang.
Maxis sebenarnya ada sistem yang boleh kesan transaksi gagal. Bila aduan dibuat, staf mereka akan semak log transaksi untuk pastikan duit yang ditolak masuk atau tidak ke sistem Maxis.
Jika transaksi tidak sampai, mereka akan arahkan bank atau eWallet untuk buat refund. Proses ini penting sebab ia menunjukkan pengguna tak rugi duit mereka. Oleh itu, berhubung dengan khidmat pelanggan adalah langkah paling efektif bila masalah ini berlaku.