7 USSD Code Maxis Prepaid Postpaid Berdasarkan Fungsi

Ramai pelanggan Maxis yang guna servis ni bertahun-tahun, tapi masih kurang tahu fungsi sebenar kod USSD yang boleh digunakan untuk semak baki, langgan pelan internet, ataupun urus akaun masing-masing. Sebenarnya kod-kod ringkas ni sangat berguna, terutamanya bila kita tak ada akses internet atau tengah kejar masa.

Masalahnya, bila kita tak tahu USSD code mana yang nak ditekan, kita buang masa cari di Google atau tunggu lama di talian khidmat pelanggan. Tambah pula kalau tengah nak top up cepat atau semak baki saat-saat genting, memang boleh naik darah bila tak jumpa butang yang betul.

Sebab tu, saya kongsikan satu panduan lengkap dan terkini berkaitan senarai USSD code Maxis berdasarkan fungsi. Tak kisah anda pengguna Maxis Prepaid atau Postpaid, semua info ni boleh bantu jimat masa dan elak caj tersembunyi yang tak disedari. Jom kita tengok senarai penuh dan fungsinya satu per satu.

USSD Code Maxis Prepaid Postpaid

Apa Itu USSD Code Maxis

USSD bermaksud Unstructured Supplementary Service Data, atau dalam bahasa mudahnya kod ringkas yang kita dail dari telefon untuk akses servis tertentu. Kod ni biasanya bermula dengan simbol * dan diakhiri dengan #, kemudian tekan butang “CALL” atau “SEND”.

Maxis menyediakan pelbagai kod USSD khas untuk pelanggan mereka supaya lebih mudah nak semak akaun, beli internet, aktifkan fungsi rangkaian dan banyak lagi tanpa perlu login ke aplikasi atau lawat laman web.

*122# Semak Baki Kredit Maxis Prepaid

Kalau anda pengguna Maxis Prepaid, kod ni wajib hafal.
Dengan hanya dail *122# kemudian tekan “CALL”, paparan baki terkini anda akan keluar di skrin dalam beberapa saat. Tak perlu tunggu SMS atau buka aplikasi.

Ini sangat berguna bila anda nak tahu cukup tak baki untuk langgan pelan data atau buat panggilan kecemasan.

*100# Maxis Easy Menu (Semua Fungsi Dalam Satu)

Kod ni boleh dikatakan sebagai pintu masuk utama untuk pelbagai servis Maxis. Dail *100# dan anda akan nampak satu menu interaktif (Easy Menu) yang membolehkan anda:

  • Semak bil
  • Bayar bil
  • Langgan pelan internet
  • Beli pas roaming
  • Ubah suai pelan

Fungsi ni sesuai untuk pelanggan Prepaid dan Postpaid, dan paling best tak perlu data atau internet untuk akses menu ni.

*136*9# Langgan Data Internet Maxis

Nak beli data internet harian, mingguan atau bulanan?

Dail saja *136*9# dan tekan “CALL” untuk buka senarai pelan data yang tersedia. Anda boleh pilih ikut bajet dan keperluan sendiri sama ada pelan unlimited, pas hotspot, atau data roaming.

Alternatif ini lebih pantas daripada login ke aplikasi, terutamanya bila line internet perlahan.

*136# Aktifkan Rangkaian 3G (Bagi Telefon Lama)

Masih guna telefon lama atau berada di kawasan yang liputan 4G tak stabil?

Anda boleh aktifkan semula 3G dengan dail *136#. Ini akan ubah tetapan rangkaian supaya sambungan data anda berjalan lebih lancar di kawasan tertentu.

#136# Nyahaktifkan 3G Bila Tak Diperlukan

Kalau anda nak kembali kepada tetapan asal (4G atau auto network), hanya perlu dail #136#.

Ini penting terutamanya kalau anda guna telefon pintar yang automatik pilih sambungan terpantas. Tak perlu setting secara manual di telefon.

#135# Nyahaktifkan Phonebook Backup (Caj RM2 Sebulan!)

Ramai yang tak sedar servis Phonebook Backup ni sebenarnya aktif secara automatik untuk sesetengah pengguna Maxis Prepaid. Yang tak best, servis ni dicaj RM2 sebulan, walaupun anda tak pernah guna.

Untuk nyahaktifkan, dail #135# dan tekan “CALL”. Lebih baik hentikan daripada terus kena tolak kredit tanpa sedar.

Kelebihan Guna USSD Code

Bukan semua orang selesa guna aplikasi. Kadang-kadang:

  • Telefon tak sokong aplikasi terkini
  • Data internet habis
  • Nak buat urusan cepat tanpa loading lama

Dengan USSD code, semuanya boleh selesai dalam masa beberapa saat tanpa perlu buka app atau laman web. Ini sangat sesuai untuk warga emas, pengguna telefon biasa (feature phone), atau mereka yang tinggal di kawasan liputan internet lemah.

Tips Pengguna Maxis Postpaid

Untuk pengguna Maxis Postpaid, anda juga boleh semak kelayakan Maxis Postpaid Tax Relief yang membolehkan anda tuntut potongan cukai individu atas bil bulanan Maxis anda.

Ini salah satu cara bijak untuk jimat lebih banyak setiap tahun.

Hafal USSD Code, Jimat Masa & Elak Masalah

Jangan pandang rendah kuasa kod ringkas ni. Kadang-kadang kita hanya perlu tekan 3-4 butang sahaja untuk selesaikan urusan penting semak baki, beli data, bayar bil, atau hentikan servis yang caj secara automatik.

Berikut ringkasan senarai USSD Code Maxis berdasarkan fungsi:

Fungsi Kod USSD
Semak baki kredit (Prepaid) *122#
Akses Easy Menu Maxis *100#
Langgan data internet 1369#
Aktifkan 3G *136#
Nyahaktifkan 3G #136#
Henti phonebook backup (RM2 caj) #135#
Kod JomPAY Maxis 1123

Simpan artikel ni atau bookmark sebagai rujukan pantas bila perlu. Boleh juga ajar ahli keluarga atau rakan yang guna Maxis supaya tak rugi bila dikenakan caj tersembunyi.

Previous Article

Kelebihan Maxis Postpaid Share 48, Ini Yang Anda Dapat

Next Article

Cara Tebus Ganjaran Maxis Point Redeem Online Rasmi

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *