Maxis Fibre LOS Lampu Merah Berkelip, Ini Solusinya!

Bila lampu LOS (Loss of Signal) pada modem Maxis Fibre mula berkelip merah, itu bukan tanda biasa-biasa. Ia sebenarnya petanda jelas bahawa sambungan internet anda sedang menghadapi masalah serius.

Dalam situasi macam ni, jangan harap boleh streaming Netflix, buka YouTube, atau sambung meeting kerja. Segalanya akan terhenti serta-merta. Malangnya, ramai pengguna sangka masalah ni boleh selesai hanya dengan restart modem padahal, itu bukan jalan penyelesaian pun.

Yang lebih menyakitkan hati, bila kita tengah ada kerja penting atau anak-anak tengah belajar online, tiba-tiba internet terus mati tanpa amaran. Kita tunggu punya tunggu, lepas restart 3-4 kali pun, masalah masih tak selesai.

Sebenarnya, masalah LOS lampu merah berkelip ni bukan perkara yang boleh kita selesaikan sendiri dengan mudah. Ia perlukan pemeriksaan fizikal dan bantuan daripada pasukan teknikal penyedia perkhidmatan internet.

Maxis Fibre LOS Lampu Merah Berkelip

Maksud LOS Lampu Merah Berkelip Pada Maxis Fibre

LOS merujuk kepada Loss of Signal, iaitu apabila modem anda tidak dapat menerima isyarat daripada sambungan gentian optik. Bila lampu LOS berkelip merah, itu menunjukkan isyarat internet dari luar rumah ke modem anda telah terputus sepenuhnya.

Kebiasaannya, modem Maxis Fibre ada tiga lampu utama Power, PON dan LOS. Bila LOS berkelip merah:

  • Internet terus terputus sepenuhnya
  • Restart modem tak akan membantu
  • Masalah perlu diselesaikan secara fizikal sama ada dalam atau luar rumah

Sebab tu, kalau anda nampak lampu merah LOS tu berkelip, tak perlu tunggu lama-lama atau buang masa cuba on-off modem berkali-kali. Teruskan ke langkah penyelesaian yang betul seperti yang kami kongsikan di bawah.

Punca LOS Berkelip Merah Pada Maxis Fibre

Antara sebab utama LOS berkelip adalah kabel gentian optik (fibre) patah, sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Kabel fibre ni sangat halus dan sensitif. Bila dah patah walaupun sikit, signal dari pusat penyedia (Maxis) tak akan sampai ke modem.

maxis fibre los red light

Kerosakan boleh berlaku kerana:

  • Anak-anak tersandung kabel
  • Pemasangan kabel terlalu ketat di bucu rumah
  • Terkena tikus atau binatang lain

Kalau anda perasan kabel fibre tu nampak bengkok teruk atau macam dah terputus, kemungkinan besar inilah puncanya. Ini perlukan teknikal team datang ke rumah untuk tukar atau sambung semula kabel yang rosak.

1. Port Fibre Dicabut Di Distribution Point (DP)

Satu lagi punca yang selalu berlaku port anda dicabut di Distribution Point (DP). DP ni biasanya terletak di luar rumah atau dalam bilik komunikasi apartmen/kondominium.

Masalah ini biasanya berlaku bila:

  • Ada orang baru pasang fibre, dan port anda tertukar atau tercabut
  • Technician tersilap sambung port pengguna lain
  • Gangguan pemasangan di kawasan anda

Kalau anda tinggal di rumah bertingkat, punca ni sangat biasa terjadi. Technician akan kena naik ke bilik komunikasi dan semak sambungan semula. Anda memang tak boleh selesaikan sendiri, sebab lokasi DP biasanya dikunci dan hanya technician Maxis/Celcom/TM sahaja yang ada akses.

2. Connector Fibre Kotor atau Rosak

Connector fibre yang sambung antara kabel dan modem juga boleh jadi punca. Kadang-kadang connector ni:

  • Dah berhabuk atau kotor
  • Dah longgar
  • Rosak akibat penggunaan berulang kali

Kalau connector ni bermasalah, walaupun kabel nampak baik, modem tetap tak boleh tangkap signal. LOS akan terus berkelip. Anda boleh cuba cabut dan pasang semula connector secara lembut, tapi pastikan tangan bersih dan jangan sentuh hujung kaca fibre.

Kalau lepas cuba sambung semula pun tak berfungsi, lebih baik biar technician semak. Jangan cuba potong atau ubah sendiri sebab fibre ni sangat sensitif dan mudah rosak.

Cara Mengatasi Masalah LOS Lampu Merah Maxis Fibre

Ramai pengguna ingat dengan off dan on modem 3-4 kali boleh selesaikan masalah. Untuk masalah LOS, kaedah ni memang tak berkesan. Signal tu memang dah tak sampai dari luar, jadi restart pun tak akan bantu apa-apa.

Fokus kepada cari punca sebenar dan ambil tindakan yang sesuai seperti di bawah.

1. Hubungi Terus Khidmat Pelanggan Maxis Fibre

Langkah paling cepat terus hubungi talian khidmat pelanggan Maxis Fibre di 123 (guna nombor Maxis) atau 1-800-82-1123 (nombor lain). Maklumkan terus kepada operator bahawa “LOS merah berkelip dan internet tiada.”

Biasanya mereka akan:

  • Semak status sambungan anda dari sistem
  • Hantar troubleshooting reset dari pusat
  • Tetapkan tarikh/lokasi untuk technician datang

Jangan tunggu terlalu lama, sebab kadang-kadang slot technician cepat penuh. Lagi cepat anda call, lagi cepat mereka datang.

2. Ambil Gambar Lampu LOS & Keadaan Kabel

Bila hubungi pihak Maxis, anda juga boleh ambil gambar modem, kabel, dan lampu LED dan hantar kepada mereka melalui WhatsApp atau emel (jika diminta). Ini boleh bantu technician buat anggaran awal punca kerosakan.

Teknikal team biasanya akan:

  • Periksa kabel fibre dari modem hingga ke luar rumah
  • Periksa connector dan tukar jika perlu
  • Semak sambungan port di DP

Kalau kerosakan berlaku di kawasan luar rumah, mungkin mereka akan datang bersama pasukan TM atau kontraktor lain.

Bila Perlu Relokasi Kabel Fibre?

Jika technician dapati kabel fibre anda kerap bermasalah sebab lokasi asal tak sesuai, anda mungkin akan disarankan untuk buat relokasi kabel ke laluan yang lebih selamat dan stabil.

Kos relokasi ini tidak percuma dan biasanya bergantung pada lokasi dan panjang kabel. Untuk info lengkap berkaitan yuran, anda boleh baca panduan lengkap di sini Maxis Fibre Relocation Fee

Panduan tersebut lengkap menjelaskan prosedur, kos, dan bila anda patut mohon relokasi supaya sambungan internet kekal stabil.

Akhir Kata

Masalah LOS lampu merah berkelip memang boleh buat kita stres, terutama bila tengah guna internet untuk kerja atau kelas online. Tapi jangan panik dan jangan buang masa restart modem berkali-kali.

Anda boleh terus ambil tindakan yang tepat. Hubungi Maxis dan minta bantuan technician datang segera. Lagi cepat anda lapor, lagi cepat masalah selesai.

Semoga panduan ini membantu anda selesaikan masalah dengan lebih cepat dan tenang.

Previous Article

Maxis Fibre Relocation Fee, Syarat Pindah & Status Kontrak

Next Article

Maksud Maxis Postpaid Tax Relief, Syarat & Cara Claim

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *