Maxis Technician Tak Datang Janji Temu, Apa Perlu Buat?

Jika Maxis technician tak datang janji temu memang buat orang sakit hati. Dah lah kita tunggu juruteknik, sanggup luang masa kat rumah, tapi last-last orangnya tak muncul. Internet pulak sangat penting ada yang kerja dari rumah, ada pelajar nak join kelas online, ada peniaga online yang memang bergantung penuh dengan sambungan stabil. Jadi bila janji temu tak jalan ikut perancangan, memang kacau semua urusan.

Lagi teruk bila kita tak dapat apa-apa notis pun. Tiba-tiba technician tak datang, tunggu punya tunggu, masa habis macam tu je. Situasi macam ni bukan saja rugi masa, tapi juga boleh buat kita hilang kepercayaan dekat servis.

Kalau faham proses janji temu, tahu macam mana nak reschedule, dan tahu hak kita sebagai pelanggan, isu technician tak datang boleh kita kendalikan dengan lebih tenang. Saya akan cerita dari cara booking janji temu, kenapa technician kadang tak datang, sampai lah ke langkah nak buat aduan bila benda ni terjadi.

Maxis Technician Tak Datang Janji Temu

Kenapa Technician Maxis Tak Hadir

Kadang-kadang bila technician tak sampai rumah, kita terus rasa marah. Tapi ada sebab-sebab tertentu yang boleh jadi punca:

  • Technician kena cover banyak rumah dalam sehari, ada masa jadual jadi kelam-kabut.
  • Hujan lebat atau kilat memang boleh ganggu kerja pemasangan.
  • Kadang peralatan tak cukup atau ada gangguan pada kabel utama.
  • Jadual dalam sistem tak selari dengan maklumat pelanggan.
  • Ada kes rumah yang lebih urgent, technician kena pergi settle dulu.

Walau apa pun sebabnya, sepatutnya pelanggan tetap diberitahu awal. At least kita boleh plan masa dan tak buang tenaga tunggu sia-sia.

Macam Mana Proses Buat Janji Temu Pemasangan

Bila kita daftar Maxis Home Fibre, langkah seterusnya ialah pilih tarikh technician nak datang. Biasanya proses dia macam ni:

  1. Isi borang permohonan secara online atau terus dekat Maxis Centre.
  2. Maxis akan call atau hantar SMS untuk sahkan tarikh pemasangan.
  3. Kita pilih slot masa yang sesuai.
  4. Technician akan datang ikut masa yang dah ditetapkan.

Senang je, tapi masalah mula bila jadual tu tak jalan ikut plan. Kalau technician tak datang, pelanggan perlu cepat-cepat follow-up.

Kelebihan Next Day & Rest Day Installation

Kalau ambik pakej 500Mbps ke atas, ada bonus istimewa boleh pilih Next Day Installation atau Rest Day Installation.

  • Next Day: Technician boleh datang seawal esoknya selepas daftar.
  • Rest Day: Pemasangan boleh dibuat waktu cuti hujung minggu.
    • Negeri Terengganu, Kelantan, Kedah: Hari Jumaat
    • Negeri lain: Hari Ahad

Biasanya caj RM150, tapi Maxis bagi percuma kalau ambil pelan besar. Jadi kalau technician tak datang pada tarikh ni, pelanggan memang ada hak untuk tuntut slot baru sebab janji temu ni sepatutnya “priority”.

Apa Nak Buat Kalau Technician Tak Datang

Kalau jadi kes technician tak muncul, jangan diam je. Ada beberapa langkah boleh buat:

  1. Semak SMS/Email – Pastikan tarikh dan masa betul. Kadang kita sendiri silap tengok.
  2. Call terus Maxis Customer Service, tanya status technician.
  3. Catat nombor laporan supaya senang follow-up.
  4. Minta tarikh baru cepat-cepat, biasanya Maxis akan cuba percepatkan slot gantian bila technician tak datang.

Yang penting, kena follow-up segera. Kalau tak, sistem mungkin anggap janji temu dah selesai.

Cara Reschedule Janji Temu

Ada masa kita sendiri terpaksa ubah tarikh – ada hal kecemasan atau tiba-tiba tak free. Jangan risau, boleh reschedule:

  • Emel ke: fos@maxis.com.my sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh janji temu.
  • Kalau ubah kurang 48 jam untuk pemasangan: Caj RM200.
  • Kalau ubah hari sama untuk restoration (baik pulih): Caj RM100.

Percuma kalau:

  • Pemasangan diubah lebih 48 jam sebelum.
  • Restoration diubah sehari sebelum.

Jadi kalau nak ubah tarikh, pastikan buat awal. Kalau lambat, rugi kena caj.

Perlu Bayar Ke Kalau Technician Tak Datang?

Ini ramai keliru. Kalau technician tak datang janji temu, pelanggan tak perlu bayar apa-apa. Caj hanya dikenakan kalau kita sendiri yang ubah last minute.

Contoh senario:

  • Technician tak datang, pelanggan tunggu tak kena caj.
  • Pelanggan batalkan kurang 48 jam kena caj RM200.
  • Pelanggan ubah janji temu hari sama restoration kena caj RM100.

Maksudnya, kalau technician tak datang, kita berhak minta janji temu baru tanpa kos tambahan.

Pengalaman Pelanggan

Ada juga pengalaman yang baik. Contoh seorang pelanggan kongsi:

“Haritu router rosak, saya buat aduan. Technician datang cek sehari lepas tu. Esoknya dia datang semula tukar router baru. Semua settle dalam 5 hari bekerja.”

Ini membuktikan kalau ikut prosedur betul, masalah boleh selesai cepat. Technician Maxis pun ada rekod respon pantas bila kes kritikal.

Kalau technician berulang kali tak datang, atau masalah berlarutan:

  • Buat laporan melalui hotline rasmi.
  • Hantar emel ke fos@maxis.com.my dengan bukti SMS pengesahan.
  • Simpan nombor laporan.
  • Kalau Maxis tak selesaikan juga, boleh rujuk terus ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia).

Dengan cara ni, pelanggan boleh elakkan kerugian masa, elak caj yang tak patut, dan pastikan pemasangan atau pembaikan jalan ikut jadual baru. Internet pun boleh digunakan semula tanpa menunggu lama.

Previous Article

Cara Mohon Maxis Graduate Program Dan Syarat Kelayakan

Next Article

Solusi Bila Topup Hotlink Maxis Tak Berjaya Duit Kena Tolak

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *