CelcomDigi 5G Home WiFi: Semak Harga, Pelan dan Liputan

Sekarang ini, hidup tanpa internet di rumah memang susah. Semua benda perlukan sambungan dari kerja pejabat, belajar online, tonton Netflix, sampai ke uruskan bisnes kecil. Masalahnya, bila internet asyik “putus sambung” atau perlahan, satu rumah boleh stress. Bateri telefon cepat habis sebab guna hotspot, line pula tak stabil bila semua orang online serentak.

Untuk yang nak internet stabil tanpa pening kepala pasang kabel, CelcomDigi 5G Home WiFi memang antara penyelesaian terbaik. Pelan ni bagi sambungan 5G/4G tanpa had, siap dengan router percuma, dan tak perlu panggil juruteknik pasang sendiri pun boleh. Kalau nak router premium, cuma tambah RM99 sekali bayar.

CelcomDigi 5G Home WiFi

Pelan CelcomDigi 5G Home WiFi

CelcomDigi buat pelan ni khas untuk pengguna yang nak internet rumah laju, senang guna, dan berbaloi setiap bulan. Dengan hanya RM79 sebulan, anda dah boleh dapat data 5G atau 4G tanpa had tak perlu risau pasal kuota habis.

Yang menariknya, anda boleh pilih antara dua jenis router mengikut bajet dan keperluan:

Jenis Router Harga Peranti Bayaran Pendahuluan Kelajuan Kapasiti Port Ethernet Sesuai Untuk
Tozed X100M Percuma RM100 Sehingga 200Mbps 64 peranti 1 Pelajar & penyewa bilik
TP-Link NX510V RM99 RM200 Sehingga 300Mbps 128 peranti 3 Keluarga & rumah besar

Bayaran pendahuluan ni akan direbatkan ke bil bulanan selama 10 bulan. Maksudnya, apa yang anda bayar di awal tu akan “dipulangkan” sedikit demi sedikit. Jadi tak rugi langsung.

Kelebihan Guna CelcomDigi 5G Home WiFi di Rumah

Ramai pengguna sekarang dah mula beralih ke 5G Home WiFi sebab kelebihannya memang ketara. Ini antara sebab kenapa pelan ni berbaloi:

Internet Tanpa Had Sepenuhnya

Tiada had kuota tersembunyi. Anda boleh guna sebanyak mana data pun untuk streaming, gaming, belajar atau kerja.

Router Plug & Play

Pasang sendiri pun boleh. Hanya sambung ke soket elektrik dan terus boleh guna.

Sambungan Automatik 4G Bila 5G Lemah

Kalau liputan 5G tak kuat, sistem akan tukar ke 4G secara automatik supaya internet tetap stabil.

Sokong Banyak Peranti Sekaligus

Router boleh sambung sehingga 64 atau 128 peranti. Sesuai untuk rumah sewa, pelajar atau keluarga besar.

Tiada Kabel, Tiada Masalah Pemasangan

Tak perlu tebuk dinding atau tunggu pemasang. Boleh terus guna di mana-mana kawasan yang ada liputan CelcomDigi.

Perbandingan Dengan Hotspot Prabayar dan Pascabayar

Kalau sebelum ni anda guna hotspot dari telefon, mesti perasan bateri cepat habis, internet cepat “drop”, dan kadang-kadang kuota pun habis separuh hari.

Dengan CelcomDigi 5G Home WiFi, sambungan jauh lebih stabil sebab router ni memang direka khas untuk kegunaan rumah. Antena dia lebih kuat, kelajuan lebih konsisten, dan boleh tampung banyak peranti serentak tanpa “lag”.

Kalau anda guna telefon CelcomDigi juga, boleh tengok pelan CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE yang menawarkan data besar dengan harga berpatutan sesuai kalau nak sepadankan pelan telefon dan WiFi rumah.

Cara Daftar CelcomDigi 5G Home WiFi

Anda boleh daftar dengan dua cara:

  1. Secara online di laman web rasmi CelcomDigi.
  2. Terus ke kedai CelcomDigi boleh dapat bantuan terus dari staf di sana.

Prosesnya cepat, biasanya siap dalam masa yang singkat. Lepas tu, router akan diberikan bersama SIM khas untuk sambungan internet anda.

Pelan ni terbuka untuk semua warganegara Malaysia atau bukan warganegara asalkan berumur 18 tahun ke atas. Kalau bukan warganegara, cuma perlu bayar deposit tambahan RM500 masa daftar. Tapi untuk rakyat tempatan, hanya perlu bayar pendahuluan mengikut jenis router yang dipilih.

Cara Psang Router Plug & Play

CelcomDigi 5G Home WiFi Router

Pemasangan CelcomDigi 5G Home WiFi sangat mudah tak sampai 5 minit pun dah boleh online.

  1. Cari tempat yang ada isyarat 5G paling kuat, biasanya berhampiran tingkap.
  2. Sambungkan router ke soket elektrik.
  3. Tunggu lampu LED menyala tanda router dah aktif.
  4. Sambung WiFi dari telefon atau laptop, dan anda terus boleh guna.

Kalau kawasan rumah anda belum ada liputan 5G penuh, router akan automatik bertukar ke 4G. Kelajuan 4G yang ditawarkan antara 20Mbps hingga 100Mbps, cukup laju untuk streaming HD, main game online atau buat kerja pejabat dari rumah.

Router ni direka supaya boleh sesuaikan sambungan ikut kekuatan isyarat jadi anda tak perlu tukar tetapan sendiri.

Polisi Penggunaan Saksama (FUP)

Walaupun data pelan ni tanpa had, CelcomDigi ada tetapkan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy).

Kalau penggunaan anda melebihi 1000GB dalam satu kitaran bil, kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps hingga masuk bil bulan berikutnya.

Tapi jujur cakap, 1000GB tu sangat banyak cukup untuk tonton lebih 400 jam video HD atau main game online tiap hari sepanjang bulan.

Tempoh Kontrak dan Syarat Penggunaan

Semua pelanggan yang ambil router akan terikat dengan kontrak 24 bulan. Bila kontrak habis, router tu terus jadi milik anda tak perlu pulangkan semula.

Kalau anda batalkan sebelum kontrak tamat, CelcomDigi akan kenakan penalti sama ada RM149 x baki bulan kontrak atau minimum RM500 (mana yang lebih tinggi). Jadi, sebaiknya teruskan pelan sampai habis tempoh.

Waranti Router dan Penggantian

Kedua-dua model router, Tozed X100M dan TP-Link NX510V, datang dengan jaminan 24 bulan. Kalau rosak dalam tempoh waranti, boleh tukar di mana-mana CelcomDigi Store tanpa caj tambahan.

Cuma kalau kerosakan tu berpunca dari air, kilat atau jatuh waranti tak terpakai. Tapi anda masih boleh beli pengganti dengan harga runcit biasa.

Perbandingan CelcomDigi 5G Home WiFi vs CelcomDigi Fiber

Kalau nak bandingkan, dua-dua ni bagus tapi berbeza dari segi teknologi:

  • 5G Home WiFi: Guna sambungan tanpa wayar 5G. Senang dipasang dan sesuai untuk rumah sewa atau kawasan tanpa fiber.
  • CelcomDigi Fiber: Guna kabel gentian optik. Lebih stabil, laju dan konsisten tapi pemasangan perlu buat janji temu dan pasang kabel di rumah.

Kalau rumah anda belum ada fiber, pelan 5G Home WiFi ni memang pilihan paling praktikal dan berbaloi.

Kesimpulan

Untuk pengguna yang nak internet rumah tanpa had, senang dipasang, dan harga berpatutan CelcomDigi 5G Home WiFi memang tak mengecewakan. Dengan hanya RM79 sebulan, anda dah boleh dapat sambungan 5G/4G yang stabil, router percuma, dan jaminan kelajuan tinggi setiap hari.

Tak perlu kabel, tak perlu tunggu pemasang cuma sambung dan terus online. Sama ada anda pelajar, pekerja jarak jauh, atau keluarga besar yang perlukan internet kuat setiap masa, pelan ni memang jawapan terbaik.

Previous Article

CelcomDigi Postpaid 5G 40 SE: Kelebihan, Daftar, Harga

Next Article

Review CelcomDigi Prepaid 5G Biru Lepas Sebulan Guna

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *