Rasa geram juga bila tengah buat kerja penting, internet pula buat hal. Kelajuan bukan main dijanjikan, tapi bila guna, asyik terputus, video tergantung, fail muat turun pun makan masa. Lagi teruk kalau satu rumah semua guna serentak, dari TV sampai telefon, komputer dan tablet. Suasana jadi serabut hanya sebab internet tak stabil.
Zaman sekarang, keperluan internet bukan sekadar untuk hiburan sahaja. Rumah kita dah jadi tempat kerja, tempat belajar, tempat hiburan dan tempat urus perniagaan kecil-kecilan. Maknanya, sambungan yang laju sahaja tak cukup. Ia perlu stabil, kuat, dan boleh ditampung untuk banyak peranti dalam satu masa.
Sebab itu CelcomDigi 5G Home Fibre hadir sebagai penyelesaian yang lebih kemas. Bukan sekadar jual internet. Mereka sediakan kelajuan tinggi yang realistik bila guna di rumah, router WiFi 6 percuma, liputan mesh untuk rumah besar, dan tawaran promosi yang memang berbaloi. Saya sendiri menggunakan CelcomDigi Fiber dan perubahan prestasi internet memang ketara berbanding sebelum ini.

Apa Itu CelcomDigi 5G Home Fibre?
CelcomDigi 5G Home Fibre ialah internet jalur lebar rumah menggunakan kabel fiber optik. Sambungan jenis ini jauh lebih stabil berbanding internet yang bergantung pada isyarat wayarles luar.
Bila pakai fiber, kelajuan muat turun dan muat naik lebih konsisten. Jadi kalau di rumah ada ramai yang guna internet serentak, semua masih boleh online tanpa terasa perlahan.
Kelebihan paling ketara ialah ia datang dengan kuota tanpa had. Jadi tiada soal limit atau throttle. Tonton Netflix, YouTube, main game atau kerja Google Meet jam berapa pun, tetap lancar.
Pilihan Pelan dan Harga CelcomDigi Fiber
CelcomDigi memang bagi banyak pilihan kelajuan. Boleh pilih ikut jumlah orang dalam rumah dan cara penggunaan internet. Di bawah ini pelan yang ditawarkan:
| Pelan CelcomDigi Fiber | Muat Turun | Muat Naik | Harga Bulanan (RRP) |
|---|---|---|---|
| 100Mbps | 100Mbps | 50Mbps | RM99 |
| 300Mbps | 300Mbps | 50Mbps | RM139 |
| 500Mbps | 500Mbps | 100Mbps | RM159 |
| 1Gbps | 1Gbps | 500Mbps | RM249 |
| 2Gbps | 2Gbps | 1Gbps | RM319 |
Kalau anda pengguna pascabayar CelcomDigi dengan pelan minimum RM60 ke atas, anda layak dapat rebat RM10 sebulan selama 24 bulan.
| Pelan | Harga Asal | Rebat | Harga Selepas Rebat |
|---|---|---|---|
| 100Mbps | RM99 | -RM10 | RM89 |
| 300Mbps | RM139 | -RM10 | RM129 |
| 500Mbps | RM159 | -RM10 | RM149 |
| 1Gbps | RM249 | -RM10 | RM239 |
| 2Gbps | RM319 | -RM10 | RM309 |
Nota penting bil pertama:
Bil pertama selalunya akan ada caj prorata dan yuran pemprosesan RM10 sekali sahaja. Rebat pula akan mula masuk dalam bil selepas 60 hari. Jadi dua bil awal mungkin masih nampak jumlah asal, itu normal.
Saya sendiri pun mula-mula terkejut bil tak terus turun. Lepas masuk bulan ketiga, barulah nampak rebat tolak automatik.
Kelebihan CelcomDigi 5G Home Fibre
Kelebihan yang saya perasan selepas guna:
- Kelajuan stabil walaupun banyak peranti disambungkan.
- Router WiFi 6 percuma memang jauh beza prestasi berbanding router lama.
- Rumah dua tingkat atau panjang tidak ada lagi zon gelap WiFi sebab pelan tertentu diberi node mesh percuma.
- Streaming 4K, game online dan video call berjalan serentak tanpa gangguan.
Berikut peranti WiFi percuma ikut pelan:
| Pelan | Router / Mesh |
|---|---|
| 100Mbps | 1x Router WiFi 6 |
| 300Mbps | 1x Router WiFi 6 |
| 500Mbps | 1x Router WiFi 6 + 1x Node Mesh |
| 1Gbps | 1x Router Premium WiFi 6 + 1x Node Mesh |
| 2Gbps | 1x Router Premium WiFi 6 + 1x Node Mesh |
Kalau rumah besar, saya memang cadangkan 500Mbps ke atas sebab dapat mesh percuma. Memang membantu elakkan WiFi terputus bila bergerak dari ruang tamu ke bilik.
Promosi Menarik: 6 Bulan Percuma untuk Pelan 300Mbps
Ini yang paling berbaloi kalau layak. Kalau pakai pascabayar RM60 ke atas, daftar CelcomDigi Fiber 300Mbps semasa tempoh promosi, anda akan dapat 6 bulan internet percuma.
- Bulan 1 hingga bulan 6: bayar RM0
- Masuk bulan ke-7 dan seterusnya: bayar RM129/bulan
Cuma pastikan talian pascabayar kekal aktif sepanjang tempoh. Saya sendiri memang guna pelan ini. 6 bulan pertama terasa sangat membantu, terutama bila baru pindah rumah.
Cara Daftar CelcomDigi Fiber
Sesiapa berumur 18 tahun dan ke atas boleh daftar. Warganegara asing akan dikenakan deposit RM300.
Proses pendaftaran pula sangat mudah:
- Isi borang online / hubungi ejen.
- Pilih pelan.
- Pilih tarikh pemasangan.
- Juruteknik datang pasang fiber terus ke rumah.
Pemasangan biasanya siap sekitar 45 minit hingga 1.5 jam bergantung kepada struktur rumah.
CelcomDigi Fiber vs CelcomDigi 5G Home WiFi
Kalau rumah belum ada port fiber atau anda jenis selalu pindah rumah, boleh pertimbangkan CelcomDigi 5G Home WiFi.
Saya letakkan perbandingan mudah:
| Perkara | Fiber | 5G Home WiFi |
|---|---|---|
| Sambungan | Kabel fiber optik | Isyarat rangkaian 5G |
| Stabiliti | Lebih stabil | Ikut kekuatan liputan kawasan |
| Pemasangan | Perlu juruteknik | Plug & play |
| Sesuai untuk | Rumah tetap | Rumah sewa / berpindah |
Jika nak baca lanjut, saya ada tulis satu panduan lengkap CelcomDigi 5G home wifi
Kontrak, Pertukaran Pelan dan Penamatan
Semua pelan Fiber datang dengan kontrak 24 bulan. Kalau ingin tamatkan sebelum habis tempoh, penalti dikenakan:
Penalti = (Baki bulan x caj bulanan) ataupun RM500
Yang mana lebih tinggi.
Anda boleh naik taraf bila-bila masa tanpa caj. Kalau turun pelan, kontrak akan sambung semula 24 bulan.
Kalau berpindah rumah, fiber boleh dipindahkan jika kawasan baru ada liputan. Kalau tiada fiber, CelcomDigi akan tawarkan 5G Home WiFi sebagai ganti.
Pengalaman Guna CelcomDigi 5G Home Fibre
Selepas guna fiber ini beberapa bulan:
- Rasa lega sebab tak perlu marah-marah internet lagi.
- Streaming TV 4K jadi sangat lancar.
- Video call untuk kerja tidak tersekat.
- Game online ping rendah dan stabil.
- CCTV dan Smart Home berfungsi tanpa delay.
Perbezaan paling jelas ialah WiFi 6 memang membantu banyak. Signal kuat dan capaian luas. Rumah dua tingkat pun boleh dapat liputan penuh bila ada node mesh.
Kalau router rosak, dalam tempoh kontrak CelcomDigi akan tukar percuma. Lepas kontrak habis, boleh pilih sambung kontrak untuk tukar router percuma atau beli sendiri dengan harga RM300.
Kalau tengah cari internet rumah yang betul-betul stabil, laju, dan berbaloi ikut harga, CelcomDigi 5G Home Fibre memang antara pilihan yang patut dipertimbangkan.