Mengurus pelan postpaid atau sambungan fiber bukan sesuatu yang mudah kalau tak tahu prosesnya. Sesetengah pengguna terperangkap dengan pelan yang tidak sesuai lagi dengan gaya penggunaan semasa sama ada sebab penggunaan data yang meningkat, mahu jimatkan komitmen bulanan, atau hanya ingin beralih kepada pakej lebih berbaloi. Apa jadi bila pengguna cuba tukar pelan sendiri dan tetiba hilang diskaun promosi, dikenakan caj penalti, atau terputus sambungan?
Situasi seperti ini memang boleh membuatkan pengguna rasa kecewa dan rugi. Terutamanya jika proses tukar pelan dibuat tanpa pengetahuan penuh tentang akibat seperti pembatalan kontrak, kehilangan manfaat pelan lama, atau gangguan perkhidmatan.
Sebab itulah penting untuk faham cara upgrade atau downgrade pelan Maxis Unlimited Postpaid & Fibre dengan betul.

Jenis Perubahan Akaun
Maxis menyediakan beberapa jenis perubahan akaun dan pelan bagi menyesuaikan dengan keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Berikut antara pilihan yang tersedia:
1. Pertukaran Pelan (Change of Rate Plan)
Anda boleh tukar kepada pelan Maxis lain mengikut kesesuaian penggunaan data, panggilan, atau bajet bulanan. Pelan-pelan seperti Maxis Unlimited Postpaid, Maxis Fibre atau Family Plan boleh dipilih.
2. Penstrukturan Semula Akaun (Account Restructuring)
Boleh dilakukan jika anda ingin gabungkan beberapa talian ke dalam satu akaun atau pisahkan talian dari satu akaun ke akaun lain.
3. Penukaran Pemilikan (Transfer of Ownership)
Digunakan jika ingin tukar nama pemilik akaun (melibatkan NRIC/Passport berbeza). Ini perlu dilakukan secara fizikal di Maxis Centre.
Cara Tukar Pelan Maxis Postpaid Secara Sendiri (Self-Service)
Bagi perubahan pelan mudah tanpa melibatkan kontrak atau struktur akaun, anda boleh lakukannya melalui:
- Maxis App
- Maxis Online Store
- Maxis Care Portal
Kaedah ini sesuai untuk pengguna yang ingin naik taraf (upgrade) pelan, contohnya dari Maxis Postpaid 68 ke Maxis Unlimited Postpaid. Perubahan akan dilakukan serta-merta dan anda akan terima pengesahan melalui SMS apabila pertukaran selesai.
Downgrade Pelan Tak Boleh Buat Sendiri
Walaupun tukar pelan secara naik taraf boleh dilakukan sendiri, downgrade (turun taraf) hanya boleh dibuat di Maxis Centre. Ini kerana proses tersebut boleh mengakibatkan:
- Kehilangan rebat promosi
- Pembatalan manfaat kontrak peranti
- Dikenakan yuran penamatan awal
- Pengurangan bilangan share lines
Maxis mahu pastikan pelanggan faham sepenuhnya implikasi downgrade sebelum meneruskan. Oleh itu, pegawai Maxis akan bantu anda secara bersemuka dan terangkan segala maklumat sebelum anda buat keputusan.
Cara Tukar ke Hotlink Postpaid Dari Maxis
Jika anda pelanggan Maxis Postpaid dan ingin tukar ke Hotlink Postpaid, sayangnya ini tidak dibenarkan. Hotlink Postpaid hanya untuk:
- Pendaftaran nombor baru
- Port-in dari telco lain
- Pertukaran dari Hotlink Prepaid
Alternatifnya, anda boleh semak pelan-pelan Maxis lain yang lebih sesuai seperti Maxis Unlimited Postpaid & Fibre atau pelan keluarga. Untuk info lanjut, boleh lawati Maxis Store terdekat atau hubungi khidmat pelanggan Maxis.
Bil Anda Akan Dikenakan Bila Tukar Pelan
Perubahan pelan akan mengubah cara pengiraan bil bulanan anda. Berikut butirannya:
- Komitmen bulanan akan diprorata berdasarkan tarikh pertukaran
- Perkhidmatan nilai tambah (VAS) akan dicaj seperti biasa
- Data kuota lama akan tamat serta-merta dan kuota baru akan diaktifkan
- Tiada gangguan perkhidmatan semasa proses berlaku
Pertukaran Pelan Kontrak Baru
Kebiasaannya, pertukaran pelan biasa tidak akan mewujudkan kontrak baru. Namun, jika pelan baru termasuk peranti (seperti pakej telefon), maka kontrak baru akan bermula dan anda perlu patuhi terma tersebut.
Boleh Tukar Balik ke Pelan Lama?
Anda hanya boleh tukar ke pelan yang masih diterbitkan di laman web Maxis. Pelan-pelan lama yang tidak lagi aktif tidak boleh dilanggan semula, walaupun anda pernah menggunakannya sebelum ini.
Kredit Limit Akan Berubah Bila Tukar Pelan?
Jawapannya, tidak akan berubah, selagi kredit limit anda cukup untuk pelan baru yang dipilih. Jika tidak cukup, pegawai Maxis mungkin akan sarankan pelan lain yang sesuai.
Pindah Satu Servis Dalam Akaun Bundle? Ini Prosedurnya
Untuk pelanggan Maxis yang langgan pelan bundle seperti Maxis Unlimited Postpaid & Fibre, anda boleh asingkan salah satu servis ke akaun lain. Tapi, kena buat beberapa langkah:
- Perkhidmatan perlu dipecahkan dahulu sebelum tukar akaun
- Semak jika masih ada kontrak aktif untuk mana-mana servis
- Bila diasingkan, anda akan hilang semua manfaat bundle (contoh: data tanpa had)
Jadi pastikan anda pertimbang baik-baik sebelum buat perubahan ini.
FUP dan Polisi Maxis
Maxis berhak menukar, menggantung, atau menamatkan servis anda jika didapati:
- Penggunaan melampau atau membebankan rangkaian
- Aktiviti tidak sah atau disyaki penipuan
- Tidak mematuhi polisi Fair Usage Policy (FUP)
- Digunakan untuk tujuan komersial
Untuk pelan unlimited, Maxis boleh hadkan kualiti penstriman atau kelajuan browsing jika gabungan data (principal + share lines + 4G backup) melebihi 500GB sebulan.
Proses Upgrade atau Downgrade
- Bila upgrade/downgrade, kuota internet baru akan aktif dari hari pertama
- Komitmen bulanan akan diprorata mengikut kitaran bil semasa
- Anda boleh lakukan perubahan ini di mana-mana Maxis Service Centre atau melalui panggilan ke 123
Pilih Pelan Sesuai, Elakkan Komplikasi Akaun
Pilih pelan yang sesuai dengan penggunaan dan bajet anda adalah satu langkah bijak. Tapi setiap perubahan, sama ada upgrade atau downgrade Maxis Unlimited Postpaid & Fibre, perlu dibuat dengan maklumat yang lengkap supaya tak tersilap langkah.
Pastikan anda:
- Semak semula semua kontrak dan manfaat semasa
- Faham kesan bila buat sebarang perubahan
- Dapatkan bantuan pegawai Maxis untuk sebarang pertukaran rumit
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk bandingkan dengan penyedia lain, anda boleh baca artikel perbandingan ini Maxis Fibre vs Unifi
Artikel ini disediakan untuk Anda faham proses dan elakkan kesilapan yang biasa berlaku. Jika ada pertanyaan lanjut, boleh terus ke Maxis Store atau hubungi 123 dari talian Maxis anda.